Pages

Ahad, September 08, 2013

Sour Cream Roasted Chicken with Rosemary, Honey and Lemon

Panjang giler nama resepi nie.. mujur guna rosemary, honey dan lemon jer.. kalau ader nutmeg, cilantro, turmeric semua bagai.. kena letak semua sekali sampai jadi satu perenggan.. hahah (^^")..


Gambar penuh x sempat disnap..


Bahan-bahan:
1 whole chicken (2 kg)
1 biji lemon

Bahan perap:
1½ cup of sour cream
1 whole garlic clove - tumbuk lumat
¼ cup of rosemary
garam dan black pepper secukupnya
sedikt madu


Cara:
Siang dan bersihkan ayam.. Basuh bersih² then lumurkan dgn air perahan lemon untuk hilangkan hanyir.. Belah bahagian dada ayam supaya ayam boleh dibuka dan dileperkan.. Gaulkan bahan perap dan lumurkan rata pada ayam.


Selepas dilumur perapan.. biar dia mesra dulu..


Tutup ayam dgn cling dan biarkan di dalam peti ais selama 4 jam atau semalaman.. Jgn letak kat tempat beku.. ltk kat bawah jer.. (^_^)

Bila dah selesai perap, preheat oven 175°C.. Letakkan ayam ke dalam mangkuk kaca tahan panas, bakar dalam oven 30-40 minit. Then naikkan skit suhu ke 200°C untuk 10-20 minit terakhir supaya boleh dpt crispy, darker skin untuk ayam tue..)

//Level panas bergantung kpd jenis oven juga yer.. sila kenal pasti oven masing² (^^,).


Untuk ayam yg tidak terlalu besar, 40-60 minit tue dah memadai.. (Insya Allah..) Lagi pun kita bukan panggang whole chicken bulat² camtue.. Bila ayam dah dibuka dan dileperkan camtue, boleh masak sepenuhnya dgn lebih sempurna..

Erm.. bila dah masak.. bolehlah dihidangkan dgn kentang dan sayur rebus.. pasta.. atau makan ratah begitu saja (^_^).. Serious sedap!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan