Pages

Ahad, Ogos 04, 2013

Ayam Penyet with Sambal Pedas

Hari nie berbuka special skit.. Nasi putih dan ayam penyet with sambal pedas. Sbb hari nie ramai orang ada dan sempat pegi giant beli bebarang mentah.. Lagipun semalam duk sibuk menggulung tart nenas.. mmg x sempat der nak masak lauk special bagai.. (^_^)

Since ada pelbagai citarasa.. so kitorng buat 2 jenis ayam, satu ayam penyet, satu lagi just perap kicap (untuk uda-chan).. then, untuk bah, goreng ikan talapia merah (perap dgn asam jawa- resepi opismate saya, Dayah)..

Tapi kita share resepi ayam penyet dan sambal pedasnya jer dulu..


Ayam penyet, ulam dan lenlain..


AYAM PENYET dan SAMBAL PEDAS
Bahan-bahan (6-8 orang makan)

Untuk Ayam:
1 ekor ayam – potong 4 bahagian
1 bungkus sup bunjut
sedikit tepung beras
½ tbsp jintan manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ tbsp jintan putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 tbsp biji ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 tbsp serbuk kari ayam
1 tbsp serbuk kunyit
½ tbsp serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu kecil garam
Sedikit air

Untuk Sambal:
8-10 batang cili merah - potong kecil
10 biji cili padi
4-5 biji bawang merah -hiris
3 biji bawang putih -hiris
3 biji tomato -potong 4
sedikit belacan
segengam ikan bilis
3 tbsp gula merah/ secukup rasa
sedikit garam/ secukup rasa
 
Untuk Ayam: Rebus ayam bersama sup bunjut dan sedikit garam hingga ayam empuk. Toskan dan simpan air rebusan untuk buat sup jika mahu. Then kisar jintan, ketumbar dan lenlain, termasuk bawang putih dan halia hingga halus..

Tambah air dan garam pd bahan kisar, biar jadi pes.. then lumur pada ayam, perap dalam dua-tiga jam/ semalaman lebih sedap. Simpan lebihan bhn kisar utk goreng tempe dan tauhu nanti.. Before goreng ayam, golek²kan pada tepung beras.. then just goreng hingga garing..

Untuk Sambal: Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng kejap.. then kisar sehingga separa halus. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk dan panaskan.. Masukkan gula merah dan gaul rata. then try rasa.. tambah garam/gula jika perlu..

Sambal kalau lebih boleh simpan.. kalau nak makan nanti-nanti just panaskan jer.. sedap buat cicah ngan ulam..


Timun, baby-corn, tomato, tempe, terung dan tauhu


Oh!.. untuk hari nie.. tak buat nasi yg mcm nasi ayam tue.. just makan dgn nasi putih.. then ada ulam tomato, timun, baby corn.. then nak tambah bahan goreng-gorengan, kami goreng tempe (yg digaul dgn lebihan rempah ayam penyet), tauhu dan terung bulat..

.. dan supaya xlah kering jer makan nasi hari nie, air rebusan ayam tadi buat sup kosong (^_^).. ..yg ditambah sedikit kentang dan lobak..


ikan talapia goreng asam+garam.. dan sambal pedas..

Ayam perap kicap + ayam penyet..


//mood happy sbb berjaya buat ayam penyet stlh sekian lama teringin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan