Pages

Khamis, Mei 03, 2012

Green Pea Soup With Garlic Bread



7-8 tahun dulu kot.. Ila a.k.a. amoi pernah cerita pasal opismate dier yg kawen ngan omputih tue, bawa green pea soup nie ke opis time pot-luck party..

Time tue tatau nama soup nie apa.. so, walau rasa mcm teringin sgt nak rasa, tp cam x reti nak buat sbb tatau resepi.. so cam biar kan jerlah.

Pastu tetiba tergerak hati laks nak buat soup nie skrg.. (^^').. lama tak? hahaa.. dan nasib baik aku suka rasa dier.. kalo x sesia jer amik masa 7-8 thn.. (^^")

erm.. nie resepinya:


Green Pea Soup
Sedikit olive oil
3 sosej -dipotong kecil-kecil
1 biji bawang besar potong dadu
1 kiub ayam
1-2 cawan air
1 tin green peas
1/2 tsp salt
Freshly ground black pepper
sedikit plain nonfat yogurt -optional

Panaskan olive oil dlm periuk; tumis bawang dan sosej hingga wangi. Lebih kurang 5 minit, masukkan air, kiub ayam, garam, serbuk lada hitam dan kacang pea. masak hingga kacang lembut..

Bila kacang dah empuk, tutup api dan blenderkan hingga jadi puree.. then boleh direnehkan semula soup nie atas api; hingga mendidih.

Kalau nak hidangkan sejuk, bleh sejukkan dlm peti ais sebelum dihidang.. Untuk rasa yg lebih best; bolehlah ditambah sedikit yogurt untuk setiap hidangan.. -Wallah.. dah pun siap! (^_^)v


oh!.. tapi kalau guna meatball ganti sosej, macam lebih best kot rasa dier.. sbb air daging tue memaniskan soup.. lepas nie ingat nak try guna meatball plaks..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan