Pages

Ahad, April 08, 2012

Nasi Lemak Melaka II

As requested by Najla.. nasi lemak melaka lah untuk breakfast hari nie.. ermm.. kalau yg mcm arwah macik yam masak dulu; sambal nasi lemak dier cam kuah sambal camtue jer.. then ada kangkung celur (^_^).. (rindu nasi lemak arwah macik yam..)..

So jom share resepi yg main agak2 jer nie (^^,).. tp Ebah kata dah ala2 nasi lemak melaka dah.. hahah.. tunggu najla plaks kata apa (^^")

Nasi Lemak Melaka (lah sangat)

Nasi Lemak
Beras 3 cawan
Santan 1 kotak
Bawang merah sebiji -diracik halus
Bawang putih seulas -diracik halus
Halis seinci -dititik
Air secukupnya
Daun pandan 2 helai- siat dan diikat
Sedikit garam

Basuh nasi seperti biasa, then masukkan santan. tambahkan air dan sukat supaya nasi tidak terlalu lembik. Masukkan halia, bawang2 dan garam; gaul biar rata.. then masukkan daun pandan. Tanak nasi seperti biasa.


Sambal Lada (ala melaka)
12 biji bawang merah -blender
4 ulas bawang putih -blender
sedikit halia -blender
segenggam ikan bilis -blender
8 sudu lada boh/ cili giling

Gula melaka secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit air asam jawa

Tumis semua bahan-bahan yg telah dikisar lumat dan lada boh hingga lada benar2 masak/garing. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam untuk menyedapkan rasa. Bila sambal sudah benar2 garing dan pekat, tutup api dan angkat.


Sambal Sotong Kembang
500gm sotong kembang
6 sudu lada boh/giling
2 ulas bawang putih- diracik halus
4 ulas bawang merah -diracik halus
1 inci halia -dititik
sedikit air asam jawa
gula & garam secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis bawang2, halia dan cili boh/giling sehingga pecah minyak. Masukkan sotong kembang. Masukkan air asam jawa. Masak hingga agak pekat, kemudian baru ditambah garam dan gula secukupnya.


// Nasi lemak boleh dihidang bersama ayam goreng, ulam timun, kangkung celur, telur rebus, kacang goreng dan ikan bilis yg digoreng garing.. ~sila lihat contoh hidangan seperti yg disiapkan dibawah:



Ini Nasi Lemak Nedli nama dier (^-^)..


Deng!.. hehe cam kat kedai laks nasi lemak nie kan.. aku pun x percaya dpt siapkan set lengkap camnie..

-Nasi Lemak Nedli; cuma RM5.50 sahaja.. hahaha (^o^). Kalau Maria Tengku sabri dtg umah aku.. sure dier ckp camtuekan? (^.^)..

2 ulasan:

  1. wei gambar tu gambar betul ke gambar hiasan? hehehe.. haih bila la aku nak pndai memasak ni .. (pemalas).. kekkeke.. lapaQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ nak nasik lemak joho plak

    BalasPadam
  2. gambar betul laa.. ko nie.. penat aku susun molek2 dlm pinggan.. siap amik daun pisang belakang rumah.. huhu.. mulai skrg kena blajar amik gambar makanan cantik2.. sbb nak buat blog masakan laks lepas nie (^_^)v

    btw.. nasi lemak johor camner? apa beza dgn nasi lemak melaka?

    BalasPadam