Giler laa lama.. entry nie sepatutnyer ditulis pertengahan bulan Oktober hari tue.. tp ke-busy-an (busy la sgt) la plaks..
..( ^_')
SATURDAY-15 OKT 2011
Activity kali ini dikelolakan oleh Cik Posh dan Cik Slide. Memula nak pegi sana dlm 7 org.. tp last-last minutes, yg bertahan cuma 5 orang: Posh, Slide, Ila, ijat dan aku..
Water tubing nie lebih kurang mcm water rafting, cumanya kita naik sorang-sorang guna tayar pelampung tu.. instead of pakai rakit tiub/ rakit yg dibuat guna tiup tayar yg bulat2 macam kami naik di Nenggiri hari tue.. (^_^)
best juga main water tubing nie.. fun habis. dr hulu sungai bawa ke hilir.. amik masa lebih kurang 30-40 minit.. so sepanjang sungai tue, kalo ader onak dan duri atau halangan, perlu bangun dan angkat tiub.. hahahaa..
Erm.. macam tadi.. kena angkat tiub sbb di tgh2 sungai ada kayu balak melintang sungai.. besar plak tue. Tataulah; tue mmg tumbang semulajadi atau pun sengaja ditumbangkan.. (^^').. so kami perlu panjat kayu balak tue.. nak menyelam.. takut tak timbul plaks kang.. (^^")
Lepas ber-water_rafting; kami pun naik ke darat.. mujur lah diorng bawa kami balik ke starting point naik van.. kalo kena menapak.. jenuh la.. (^_^)v..
So, selesailah aktiviti sukan-lasak air kali nie.. apa yg kami dapat? dpt rasa doki-doki bila lalu jeram; dpt bersusah-payah mengayuh dan control tiub dlm air; dpt beraktiviti lasak dgn kengkawan dan dpt luka 2 inci di perut.. (^^')
tiub aku terbalik tadi kat jeram ke-2.. pastu tersangkut kat batu tajam.. huhuhu.. air plaks deras time tue.. haaa.. hamik ko.. nak sangat ber-aktiviti lasak; dah bocor perut.. (^^!)..
So.. untuk mengurangkan kesakitan, kami semua makan ice-cream.. best plak rasanya makan ice cream tong nie.. lama dah x makan ne~
-----------------------------
Malam nie kami tido di Janda Baik.. saja nak rasa angin malam kat sini.. tp mcm x bleh nak tido dlm khemah.. so aku ngan Ila sewa chalet kat Guest House nie.. Ijat, Posh ngan Slide.. diorng tido khemah.. sbb diorng mmg suka camping2 nie..
Chalet dan khemah kami..
Preparing dinner..
Budak2 bertuah nie.. nak makan steamboat and BBQ.. giler ah ding-dong.. sempat tue nak buat dua2 sekali dlm satu masa.. hahahah.. jenuh kot memunggah semua benda.. padahal ader jer kedai makan area2 situe (^_^)v..
takperlah rasa skit mcm ber-camping dak?.. ermmm ( ^_').. org camping bkn masak simple2 jer ker?.. hahah.. blasah jer lah... tp ini pun tahan.. dulu masa berakit & bercamping kat Neggiri, diorng masak briani..
.. hebat tak?.. Kagum aku kejap time tue (^^,)..
Ayam dan Sosej sedang di-BBQ-kan
Posh buat unggun api.. kecik jer, kat tepi khemah.. sbb nyamuk dah mula berlagu girang di cuping telinga dan dah berani memberi gigitan cinta di kaki dan tgn.. habis semua org bergaru2.. huhu (T_T)..
lepas makan.. semua kekenyangan.. ingat nak lepak2 tgk bintang dan borak2 sampai pagi.. tp mata berat sgt.. last2 masing2 masuk tido..
Kat sinie, memalam.. ada org main gitar dan buat unplug nyanyi2 semua.. Kebetulan malam tadi diorng punya port nyanyi betul2 kat tepi chalet aku ngan ila.. so tido kami mmg betul2 bagai diulit intan.. sedap jer tido sambil didendangkan lagu2 lembut mendayu2.. aku suka lagu Permata buat Isteriku tue..
terima kasih sbb sudi nyanyikan lagu2 indah untuk dendangan tido malam kami (^_^)v..
-----------------------------
SUNDAY-16 OKT 2011
Wah!!.. sungguh segar bangun pagi di dlm hutan nie kan? nyaman jer.. sejuk dan mendamaikan... hahah giler poyo ayat. Tapi siyes.. Saiko!
So, pagi nie.. lepas solat subuh.. pegi jenguk org yg tido di khemah.. Diorng dah sambung tarik selimut semula.. huhuuu.. sejuk nyerlah lepak luar khemah nie pepagi.. patut diorng meringkuk2..
sebenarnyer nak ajak diorng mandi sungai.. tp semua mcm xnak bangun jer.. aku pun sambung baring2 dan lelap jap kat tepi khemah.. hahahah
pastu posh bangun.. so bersama-sama membuat breakfast (lebihan drpd BBQ dan steamboat semalam).. dah breakfast, perut pun dah kenyang.. maka barulah masuk sungai (^_^).. bleh? lps makan; mandi sungai.. hahaha.. langgar pantang-larang betullah kan..
Erm.. lama dah x mandi-manda di sungai janda baik nie; Paling last thn 2003 kot.. tp air dier masih sejuk cam dulu.. giler gigil.. pepagi mandi sungai.. huhuu.. besh!.. walaupun air sejuk menggila cam ice.. (^.^).
Bermandi-manda (Read: berendam)
Terleka plaks mandi sungai.. alih-alih dah pkl 2 pun.. Perlu check out tghhari sbnrnya.. so lepas bayar duit chalet dan khemah, kami pun gerak balik..
erm.. ( ^_')
Aktiviti kali nie.. walaupun 2D1N jer.. tp mmg sgt berbaloi.. (^-^)b.
--------------------//--------------------
//Port Camping/Chalet : Zaini Guest House
//Water tubing activity -booked melalui groupon
~update on 9 Jun 2015
time nih ko kurus hoho... sayang sangat.. aku tak dapat join korang masa nih... kalo tak perut aku laa yang paling bocor huhuuuu meh laa ripit lagi menda nih :):):)
BalasPadamhahha.. tanak aa serik.. kang kepala laks bocor.. hahahaha...
BalasPadamtanya la budak2 nie.. nak pegi lagi tak.. pastu terus naik genting ndak?
assalam..selamat berkenalan.. saya akma..saya tertarik la dengan cerita d blog cik ni..saya nak tau kt mn cik sewa chalet n water tubing ni..sbb saya plan nk pergi janda baik dlam bulan 8 ni..if x keberatan boleh tak kita chat di email saya cikma_89@yahoo.com.my.. Tq
BalasPadamler.. tak tulis erk details kat sinie.. Ermm.. nanti tanya bebudak nie nama tempat yg kitorng duduk dan tempt main tayar nie.. (^_^)
BalasPadam