Pages

Rabu, Disember 15, 2010

Lasagna untuk Nana


Lasagne nie nana yg request.. since dah lama x makan pasta nie kan.. so kitorng pun buat laa untuk berbuka smlm.. alhamdulillah rasanya masih sedap (suki yaki jer ckp sedap.. (^^')..) walaupun masak tanpa rasa cukup tak garam-gulanya semlam (^^')..

main ikut gerak hati jer.. agak² mcm dah ok, so terus layer²kan dlm mangkuk pyrex mak untuk dibakar.. dan oleh krn risau resepi yg dlm kepala nie hilang/ terlupa.. baiklah kiranya resepi ini disimpan di sini (^_^)v..




LASAGNA AYAM

Red Sauce (tomato)
5 biji tomato -dice
1 tin besar cendawan butang -potong kecil
400g isi ayam dicincang
1/2 capsicum hijau -dice
1/2 capsicum merah -dice
sebiji besar bawang kuning (shallot) -dice
1 labu garlic -mince
250g tomato puree
sedikit garam
sedikit gula
sedikit oregano
sedikit italian mix herbs
sedikit lada sulah

Cara:
Kisar separuh dprd tomato tadi, then tumis bawang putih+shallot dlm periuk, bila dah naik bau, masukkan dice tomato dan yg tlh diblander. Biarkan mendidih sekejap, then masukkan tomato puree dan isi ayam. Kacau supaya ayam tidak terlalu berketul.

Biar sehingga ayam masak, masukkan semua capsicum dan cendawan. Bila dah hampir masak baru masukkan garam, lada sulah, gula dan semua herbs. Jgn ltk herbs terlalu banyak.. nanti pahit (^_^).

ok.. ketepikan kejap red sauce kiter.. buat white sauce laks..


White Sauce (cheesy+milky)
2 cups milk
6 slices of chedar cheese
2 tsp tepung- bancuh siap2 dgn susu
2 tsp butter

Cara:
Cairkan butter - letak olive oil skit spy butter x hangus. Then masukkan susu yg telah dibancuh dgn tepung. Kacau² pastu masukkan cheese tadi. kalo bleh potong²/racik² spy senang melarut.. kacau lagi hingga pekat. Kalau kurng pekat, tambah 2-3 slices cheese.. kalo nak lebih best.. combine chedar, parmesan dan mozarella.. huhuhu giler laa, mmg terbaik combination 3 cheese ini (^^')..


Utk buat semangkuk lasagna untuk 6-8 org makan, cukup lah guna 4 keping lasangna yg saiz besar tue, dan sauce merah di atas bleh disimpan kalo terlebih.. smlm sauce merah jer yg lebih so bleh la masak lagi esok lusa..

So.. untuk menyudahkan lasagna kita... rebus lasagna hingga lembut, then susun jer dlm mangkuk bakar, layer by layer.. mulakan dgn lasagna, sauce merah dan sauce putih. ulang sehingga last sekali adalah sauce putih..

Panaskan oven, then bakar lasagna dlm oven 200° C selama 10-15 minit. Serve masa masih panas lebih sedap (^^,)



// hehe nielah kerja kitorng.. masak-makan.. masak-makan.. (^^i)

7 ulasan:

  1. yummyyyyyy...

    besnye dapat dok 1 umah dgn ko..konfem aku gemuk..haha..

    BalasPadam
  2. tuelaa. aku ingat nak bukak 1 pusat kegemukan.. hahahah org ramai duk berlumba2 nak fitness, aku nak suh 'fatness' laks (^^i).

    BalasPadam
  3. oh!.. lagi satu ila.. resepi nie khas untuk ko gak.. sbb selalunyer aku guna daging lembu.. tp kali nie aku guna ayam..

    sbb ko x makan daging lembu kan (^_^). Jgn luper cuba tau.. oven dah beli kan?

    BalasPadam
  4. weh oven..oven jgn taip aaa..sensitip tau...ahahaha :P

    haha lawak la pusat kegemukan...ada ke orang nak register?atau pun ko buat macam homestay la..ko buat pakej seminggu ke dok ngan ko..ko masak semua..ahahaha...seminggu pun bleh gemuk gak kot..hehehe...

    BalasPadam
  5. aku, daging lembu tempatan aku mkn la..import je tak mkn..aku org mesia..ahahaha :P

    BalasPadam
  6. ko mmg buat aku lapar laa aini hukhuk

    BalasPadam
  7. Amoi
    gome-gome.. luper laks itu perkataan sensitip.. hahaha.. camner konyer komplen? ok?


    Ona
    jom la jadik osmet aku jom (^_^)v

    BalasPadam