DAY 3: 23 JUNE 2010 WEDNESDAY
Seawal pagi we all dah keluar.. Hari nie menuju ke Wellingborough. Tapi seperti biasa akan singgah-singgah di beberapa tempat best yang dr awal telah dihighlightkan dek uda-chan..
Before gerak- travelodge
.. So dengan berbekalkan sandwich tuna + hot coffee + buah plum + potato chips, kami pun bergerak menyambung road trip nie untuk hari yang ke-3; dan tempat tuju pertama untuk hari ini ialah..
STRATFORD-UPON-AVON
Pekan kecil yg membangun di sepnjg Sg. Avon nie terletak di selatan Warwickshire. Merupakan tempat kelahiran the world's famous playwright and poet, Sir William Shakespeare.. Di sini terdapat history berusia lebih drpd 800 tahun dan bangunan² yg sgt familiar dgn Shakespeare malah masih kekal hingga skrg.
erm.. rasanya x perlu diperkenalkan lagi kot siapa penulis karya tersohor Romeo & Juliet nie.. tp bleh juga pegi ke link nie if nak tau lebih detail: William Shakespeare
Walked around -the High street..
Shakespeare's Birth-house
Kat sini, ada juga Shakespeare exhibition, taman² yang cantik.. dan ader satu bahagian dlm taman² nie, diorng ada buat mcm sudut bercerita kisah² dr novel/karya Shakespeare. It's like kita bleh lihat secara live, Shakespeare characters dan best-loved scenes yg dilakonkan dan dipertontonkan kpd umum secara santai..
"O Romeo, Romeo! wherefore art thou Romeo?"..
"Good Night, Good night! Parting is such sweet sorrow, that I shall say good night till it be morrow." - (Act II, Scene II, Romeo & Juliet).
Oh!.. sempat berborak ngan English teacher dr France nie.. sbb we all ader tlg anak² murid dier tadi.. then dia dtg bertanya kitorng dr mana (^_^).. tp terasa agak sedih bila mana dia ckp.. dier tatau Malaysia kat mana.. Huhu.. sesia Dr SMS naik sampai ke angkasa (T,T).. Hope lepas nie dier tau la kan, dah borak² ngan kitorng tadi (^-^)v.
Bangunan² kat sinie mcm di Bukit tinggi.. ne~? (^^ ')..
Oh!.. dr Stranford-Upon-Avon ke Stonehedge (near Salisbury) makan masa hampir 2 hours, so kami perlu gerak segera.. However.. on the way tue terjumpa Woodhedge (^_^).. so berhenti sekejap untuk berpicnik and had our brunch..
WOODHENGE
Located in Wiltshire, Woodhenge merupakan monument zaman neolitik, asalnya adalah susunan kayu-kayu oak berbentuk gelungan dan dipercayai merupakan salah satu pusat kependudukan dan tempat bersosial masyarakat di akhir zaman neolitik/ awal zaman bronze age.
Makan time!
Lepak-lepak di tepi padang
the woodhenge
Selang x lama, we all gerak kembali.. dah x jauh dah Stonehenge dgn woodhenge nie.. lebih kurang 10 minit jer dah sampai..
STONEHENGE
Stonehenge merupakan binaan Zaman Gangsa & Neolitik; terletak berhampiran Amesbury-Wiltshire, England dan 13km dr Salisbury.. ianya merangkumi binaan batu besar berdiri tegak dlm bulatan,tambakan tanah dan peparitan. Khabarnya binaan keseluruhan Stonehenge melibatkan beberapa fasa/ peringkat..
Mengikut andaikan ahli kaji purba, sebahagian besar binaan Stonehenge tlh dibina antara 2500 SM hingga 2000 SM.. manakala bulatan tambak tanah dan parit disekelilingnya dianggarkan telah dibina lebih awal lagi, iaitu sekitar 3100 SM.
Asalnya Stonehenge dibuka kpd umum. Pelancong boleh datang hampir dan sentuh; tp lately.. ramai sgt yg memanjat dan hampir merosakkan kedudukan sebenar batu² tsbt.. kebnyakan batu² biru ini dikatakan telah sedikit condong..
..Bdk nakal x dibenarkan masuk (^^ ')
Maka skrg nie pihak National Treasure England tlh memagarkan kawasan tersebut. Untuk info lebih lanjut, blehlah ke laman ini: Stonehenge
..Dr luar pagar
Fara, Nana & Cute boy in the bus.. (^-^)
Actually ader mitos dan dongeng rakyat pasal asal usul Stonehenge nie.. dan menurut folklore, batu-batu berdiri ini datangnya dari Ireland, dibawa oleh Maou (Devil) dan kemudiannya terjatuh satu drpdnya di Sungai Avon. Selebihnya adalah apa yang ada di situ skrg nie..
Stonehenge juga dikaitkan dgn lagenda Raja Arthur. Di mana katanya, batu² tersebut adalah ‘healing rocks’ dr Afrika; di bawa ke Ireland dan kemudian, atas nasihat Merlin (Ahli sihir/penasihat King Arthur) batu² tersbt dipindahkan ke tempat skrg..
Pelbagai version ada.. tp biasalah namapun cerita rakyat (^_^)
Where to? London or Salisbury?
Oklah.. kita tinggalkan salah satu the 7 wonders of the ancient world nie.. sambung gerak.. kali nie kita ke Cambridge.. nak main punting.. (^-^)/
CAMBRIDGE
Inilah salah-satu bandar lama yg popular di England.. terlatak 92km dr London. Bandar yang terkenal kerana keunggulan universiti kedua tertua di England nie mmg sgt mendamaikan.. So, sesampai di bandar td.. we all decided untuk park keta dan had a walk around town..
Menyusur jalan
Cambridge mmg terkenal krn institusi pendidikan terbaik dan bertaraf elit dunia, berbanding bandar² lain di England yg mana lbh popular krn ada pasukan² bola terkenal (^_^)..
King College..
Lebih kurng 20 minit berjalan..kitorg sampai area punting.. tp agak berkira-kira untuk main sampan.. 1) kalau naik sampan, waktu untuk jalan sekitar bandar agak terhad; 2) Hari dah agak lewat; 3) tiket sampan takai yo!.. hehe (^^ ').. so x jadi naik.
..menyusur sungai
.. Lepas penat menyusur River Cam dan lalu di bbrp famous bridges.. kitorng lepak kat padang.. sbb kaki dah lenguh, dan mcm nak sesat.. so perlu lepak sat, sambil meneliti semula peta untuk pulang..
Oh!.. on the way jalan kaki nak balik ke carpark.. kitorg jumper Jamie's Italian Restaurant.. (^-^)v. He's one of my favourite chefs.. suka tgk dier dlm the Naked Chef dan Oliver Twist.. besar juga restaurant dier nie.. sugoi ne~
Hey!.. It's Jamie's!
Hari nie mmg jalan x hingat.. dah pkl 8.00pm baru sedar nak balik.. Ader sejam lebih lagi kot baru nak sampai Wellingborough. Dah la tue.. sesat jugak bila nak kuar dr Cambridge nie tadi..
.. dan rasanya budak kiyut tadi tue perasan kot we all sesat.. baper kali ntah lalu depan aspura tue tadi (^^ ') dan bila aku buat peace sign kat dia dr dlm keta, dia tergelak (^^!).. Gome ne, sbb bising² lalu depan rumah you ('_^ )..
erm.. dek sesat dan lambat keluar tadi.. dalam 10.15pm baru sampai travelodge. Since dah letih sgt.. dinner dlm bilik jer.. then tido awal sbb esok mau sambung jalan untuk hari yg ke-4 pula.. Jya (^^,)v
Birmingham-Salisbury-Cambridge-Wellingborough
Tiada ulasan:
Catat Ulasan