Ona puasa smlm, tetiba rasa rajin nak masak laks.. lg pun kata org, kalau x dpt pahala sbb x dpt nak puasa, then bleh merasa sedikit bila siapkan hidangan utk orang berbuka (^^,)
oh!.. Resepi nie aku blajar dr Teh.. tp aku dah alter skit-skit, spy kena ngan tekak aku (^_^)v..
Ayam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (sederhana besar)
4 biji kentang - potong bentuk wedges
1 genggam lada kecil - kalau x nak pedas sgt, kurangkan
4 batang serai
1 inci kunyit hidup/ sesudu kunyit serbuk
1 kotak santan
sedikit garam
Cara Masak :
Potong ayam kepada 12-16 ketulan kecil, basuh dan tapis. Blander lada kecil + 2 batang serai + kunyit sampai lumat.
Masukkan ayam dlm periuk untuk direneh (mati air) bersama bahan-bahan yg telah diblander. Tunggu sehingga ayam agak empuk..
Then masukkan santan + kentang + 2 serai yg dititik-titik. Sentiasa kacau kuah spy tak pecah santan.. tunggu hingga mendidih dan kentang empuk. then blehlah dihidangkan bersama nasi panas + ulam + ikan goreng...
Pages
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan