Pages

Jumaat, Februari 27, 2015

Rilakkuma Bento

And it's all yellow (^_^)..




Hari nie sebenarnya nak buat extra deco skit sbb dah banyak hari x buat bento lelawa.. tgk buah epal merah tue.. adik aku gelak jer tgk kakaknya gigih membuat papan catur pepagi (^^,)

Tapi satu jer.. yg lain, dah malas hahaha.. Then sepatutnya tambah lah picks bendera rilakkuma ke.. hias dgn nori dan kepingan cheese ke.. tp tuelah.. bangun awal pun xder idea.. dah camne?


Oh!.. Sepatutnya ada dua biji telur rebus hari nie.. tp satu biji lagi x jadik telinga dia (^^").. so makan dulu awal-awal before amik gambar.. haha..



..keyla.. Enjoys!



Selasa, Februari 24, 2015

Bento Nasi Berlauk Ala Kampung


Lauk kampung yg sgt lazat..


Ini bukan bekal saya.. Ini bekal Nana (^^,).. Siapa suruh bangun lambat.. kan dah x sempat nak siapkan bekal.. so pinjam bekal dia buat memenuhi ruangan blog nie (^^")..

Sekian terima kasih (^_^)/



Ahad, Februari 22, 2015

Cheesekut Cake


Minum petang.. dgn kopi O


Hari nie nk share resepi cheesekut yg kitorng buat mlm semalam.. Cake jenis 'no-bake' camnie, lebih sedap kalau disimpan dlm fridge semalaman..

Esoknya makan, barulah #yummyyummyinmytummy gitu (^^')..





Actually, si Fara nie.. dia dah nak balik KL, then dia request cheesekut la pulak (^^").. Aku dahlah tgh berpantang benda manis nie.. ( ^_')

Bunyi mcm duduk oversea jer KL tue.. duk teringin makan macam².. Start dr keropok sagu macik Habsah tapi x dpt sbb kedai tutup sempena CNY; ganti dgn sata Che Din.. then choco-chips cookies.. pastu last cheesekut..


Layankan jelah.. Sian pulak dah minta, kan? (^_^)



---------------------//---------------------





Cheesekut Cake
Bahan-bahan:
4-5 sachets Nestum 3 in 1
250g Cream Cheese
1/2 tin Susu Ppekat
1-2 cawan Susu Full Cream
1 paket Biskut Cream Crackers cap Ping Pong

Pukul cream cheese bersama susu pekat hingga kembang. Rendam biskut dlm susu full cream untuk melembutkan biskut sekejap, then susun dalam bekas kek. Sebaiknya alas bekas dgn cling wrap supaya mudah utk dikeluarkan nanti.

Susun biskut penuh satu layer.. boleh patahkan biskut untuk memenuhi ruang yg kosong. Then lapiskan dengan mix cream cheese tadi.. Jangan tebal sgt.. agak² dah tutup biskut pun ok.. then tabur nestum..

Ulang sehingga biskut dan lenlain habis. Tapi mesti akhiri dgn lapisan cream cheese dan taburan nestum. Then tutup dgn cling wrap, sejukkan dlm peti ais semalaman.. Esok pagi bolehlah dikeluarkan dan dipotong kecil² sblm dihidang..



Khamis, Februari 19, 2015

Eating Out Day: Seoul Garden & Sate Zul

Hari nie makan besar sungguh².. tengah hari makan kat Seoul Garden.. Dinner pula kat Sate Zul.. Actually tak habis lagi celebrating besday Nana nie.. Ibarat seminggu pun x habis² lg keramaiannya nie (^^")..

Seoul Garden baru bukak kat Kuantan.. tue yg nak try.. dan kami sgt berpuas hati.. layanan bagus.. buffet pun sedap.. siap ada sushi lagi..

Keylah.. jom tgk gambar..


Ice Cream yg sedap..

Sebahagian drpd hidangan buffet yg ada..

Kami..



..dan ini gambar kami berdinner di Sate Zul.. Sate kambing dan sate perut kat sini memang sedap giler.. tp kami masih kekenyangan.. so dpt makan 4 cucuk shj (^^')..


Sebelum makan..

Selepas makan..



Rabu, Februari 18, 2015

Roasted Black Pepper Chicken Bento


Bekal hari nie..


Smlm besday nana.. tp x sempat nak buat apa-apa tuk dia.. So hari nie, masak special skit.. roasted chicken (perap dgn black pepper sauce).. then, kukus broccoli + lobak merah..

Untuk salad broccoli dan carrot tue.. aku just guna simple salad dressing.. 2 sudu olive oil + secubit garam + sedikit serbuk lada hitam..


Roasted chicken dan salad


Jemput makan..



Selasa, Februari 17, 2015

My Black Sheep Bento..


Ba.. Baaa..


Lepas siapkan cheese-nori decoration nie pagi tadi, adik aku datang ke dapur dan tanya.. "Siapa pakcik nie?" sambil tunjuk kat kepingan cheese-nori bentuk bebiri yg aku siapkan nie..

Takde rupa bebiri ke? hahaha..





Saja jer buat bentuk bebiri.. kan nak dekat CNY dah nie.. Tp sbb tak berapa nak mcm bebiri, maka aku ltk pick bebiri kt atas tue.. (^^")..

So.. utk breakfast pagi nie.. flaxseed pancake cicah sambal tuna.. Lunch kita makan daging masak kicap black pepper + ulam timun dan cherry tomato..

Jemput!



Happy Birthday Nana!




Oh! ..dan sempena besday nana hari nie, boleh lah cheating makan kek balik nanti.. Hahaa.. (^_^')



Isnin, Februari 16, 2015

Hey Mickey! Bento


Can you spot the hidden mickey?


Seriously?.. Hahaha.. Nampak sgt aku suker tgk katun (^^")..

Tapi mmg pun.. Disney Channel tue mmg khas untuk aku.. dulu layan dgn anem dan najla.. skrg nie.. aku layan sensorng. Diorng x layan dah Disney Channel.. diorng tgk slot Akasia jer skrg nie (^^,)..





So.. untuk breakfast.. I got scramble egg (telur angsa).. sosej dan hash brown. Timun dan tomato cherry tue buat kudap².. dan lunch, makan lauk ayam halia sihat; x cukup garam (^^')..

..key, jemput makan semua!



//Ermm.. bila boleh gi HK Disneyland pulak yer? ( ^_')



Khamis, Februari 12, 2015

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali..
~At-Fatihah..






Colours of Life Bento


My bento today..


Nama nak glamer jer, kan? (^^')..


Hari nie kita lunch dgn chicken nuggets yg diproses sendiri di rumah (^^.).. kurng karbo, kurng kolestrol dan tanpa MSG. Then ada salad timun untuk melengkapkan menu tgh hari kita hari nie..

Untuk breakfast.. ada yummy² tamagoyaki yg digulung dan berintikan cheese + cocktail sausages.


Bento di sudut meja opis..


~Jemput makan semua (^_^)/



Rabu, Februari 11, 2015

Doraemon Crispy Chicken Fillets Bento


Lunch dan breakfast in Doraemon theme lunch box


Malam tadi kitorng pakat² sblm tido.. asalnya, ingat nak buat crispy chicken fillet with lemon sauce.. tp terdapat bantahan.. then nak buat goreng kunyit garing jer.. then ada bantahan jugak.. sbb dah selalu sangat goreng kunyit camtu..

Last², kata putus dibuat.. just goreng dgn tepung tempura then nanti tuang black pepper sauce atas dia. Actually aku jer yg putus sendiri sbb dua org lg ahli mesyuarat wassap dah tertido (^^")..

~Discussion 'jarak jauh'; tele-conference antara bilik (^^!)



Breakfast: Scramble eggs + oblong meat


Untuk sediakan crispy chicken nie; just kisar 2 keping dada ayam guna pengisar kering/ food processer. Then mixkan dgn 1/4 cawan susu segar, 2 sudu mayonis, sedikit lada sulah, mix herbs dan garam secukupnya.

Bila dah digaul rata, bahagikan kepada 4-6 bhgn, kepal-kepal dan leperkan.. then celup dlm telur, golekkan dlm tepung tempura sebelum di-deep frykan. Siap (^_^)

Untuk sauce.. aku just tumis bawang putih, masukkan black pepper sauce jenama life.. tambah garam skit, sos cili skit.. air skit. Siap.. (^_^)


Mudah keja aku pagi tadi.. tp mudah x mudah.. sejam gak kot (^^')..



-----------------//-----------------



Bebarang bento baru saya (^^")


Hip-hip huray!!..

Ada 2 unit HK bento boxes, satu leper dan satu lagi 2-tier bento box.. then 1 unit blue Doraemon bento box, satu unit bekas air kaca + 2 bag bekal.. (beg belang² tu beli kat daiso..)

Semuanya baru sampai.. actually sepatutnya dapat sabtu lepas.. tp kitorng xder kat rumah.. so terpaksa ambil sendiri di pejabat post..


Baru jer sampai.. terus guna pg esok nya (^^!).. Tanoshi yo~




Selasa, Februari 10, 2015

Bento Hari Ini & Semalam

Hari Ini dan Semalam? Macam tajuk lagu pulak (^^")..


Smlm aku terbusy skit.. x sempat nak up gambar kat blog.. dan hari nie pun sama.. agak lewat baru dpt update gambar bento yg dibawa ke office..


Bekal untuk hari semalam..


Semalam makan ayam panggang Nandos.. Just beli sos Nandos kat giant, rebus ayam dgn daun salam, bila dah masak angkat, toskan dan lumurkan dgn sos nandos + madu + garam skit.. Masa panggang, renjis² minyak zaitun skit..

Kalau nak lebih rasa sos tue.. Lepas ayam dah sedikit garing, sapukan lagi lebihan perapan ke atas ayam-ayam tersebut.. (^_^)


Bekal untuk hari ini..


Untuk hari nie, just goreng sambal daging dan kangkung goreng rencah isi ayam.. plus ulam timun.. tp x sempat nak deco² jugak..


// Bento x berhias.. (-_-)


Khamis, Februari 05, 2015

Vegetable Soup With Poached Eggs Bento


Ayam goreng + Sup sayur²an bersama telur


Makin lama makin malas nk bentuk² makanan.. asyik guna picks jer. Adik aku pun dah tegur.. (^^").. bekas bento baru banyak dah tambah.. tp makin malas nk hias bekal cantik²..

Hari nie pun sama (^^,)..




Lately nie.. diet pemakanan aku dah bertukar.. dan kebanyakkannya x boleh nak dibentuk comel².. Tapi takpe.. sy akan kembali berusaha..

Actually dah banyak dah sketches bentuk².. theme² bento yg aku draw nie.. tp tue ler.. (^^").. Semoga lepas dpt bento lunch boxes Doraemon yg baru beli nie nanti, boleh membakar kembali semangat.. (~beli lagi (^^!).. )..



// Jom lunch jom..


Rabu, Februari 04, 2015

Hello Kitty & My Melody Bento


Bento dlm bungkusan..


Tadi sipi-sipi nak lambat sampai opis (^^")..


Hari nie aku buat lauk ikan siakap goreng sambal hijau, ulam timun dan kangkung goreng.. dan untuk breakfast, lempeng flaxseed cicah sambal tuna.

Terima kasih nana sbb tolong gorengkan kangkung.. kalau x mmg x menang tangan dibuatnya.. mana nak goreng ikan, nak buat sambal tuna.. nak tumis sambal hijau lagi (^^,)..




Dahlah smlm lupa nak bawak turunkan ikan (^^').. jenuh nak men-defrost-nya before goreng tadi.. Last² potong kecil².. cepat skit masak..

Untuk sambal hijau, aku buat mcm nak buat sambal lauk berlado tue.. tumis bawang+ lada hijau yg telah diblander lumat.. tambah asam keping, garam dan gula skit..



Siakap Sambal Hijau in HK theme

Flaxseed Pancake in My Melody theme


~ Selamat menjamu selera..



Selasa, Februari 03, 2015

Bento Ayam Masak Kicap





Hari nie.. kelam-kabut skit.. lepas tapaukan dlm bekas.. terus bersiap dan pegi kerja.. Tak sempat nak berhias² seperti selalu (-_-)..

Asalnya nak deco bentuk burung hantu.. nak guna timun, jadikan mata dia... then tambah nori dan cheese.. tp x berkesempatan.. Ini pun.. sesampai opis pg tadi, masuk pantry.. baru dpt snap (^^")..



//Oh!.. terima kasih Diana.. sbb blanja samosa ayam.. sedap sgt (^_^)v..




Isnin, Februari 02, 2015

Simple Black Pepper Beef Bento




Hari nie, terjaga awal sbb Hiro duk bising mengiau-ngiau (^^").. Tapi terjaga awal pun.. duk baca wassap, so last² nak dekat pkl 6, baru turun ke dapur.

Maka ini jelah yg dpt disiapkan untuk pagi nie.. Untuk lunch, kitorng buat daging masak black pepper.. just goreng garing then tambah sos black pepper.. dan breakfast, spt selalu, scramble eggs + sosej (^_^)v.


Lauk untuk tengah hari

Sarapan pagi dan kudapan..


~Jemput makan semua (^_^)/