Pages

Isnin, April 28, 2014

Viewtiful Vietnam Trip 2014




Berakhir sudah Vietnam Backpack Trip kami.. Trip seminggu lebih jer.. nak menulis blog sampai 2 bulan (^^").. terpaksa stop sekejap update post bento.



-----------------------//-----------------------


Untuk trip 9 hari nie, kami jejak dan (at least) lalu hampir seluruh tanah Vietnam. Lebih 2000km kot.. Plus, kami naik hampir semua jenis pengangkutan.. termasuk berbasikal dan jalan kaki.. Sugoi na~ (^-^)..

Masa first day kat Hanoi tue.. kami jalan kaki keliling town sampai sesat barat.. Amy paling letih rasanya (^_^).. Dan x sangka ada rezeki utk menonton water puppet yg akhirnya tinggal aku sorang jer nengoknyer.. Bebudak nie sempat terlelap (^^,)..


walk around Hanoi

Water Puppet Show

Hanoi at nite


Malam kat sini aku rasa cam safe.. walaupun bandar dia mcm huru-hara skit, nak² system traffic diorng yg giler tue.. Tapi suasana dia.. tenang lah..


Err..

Aku letak gambar² nie sbb baru dapat satu folder gambar dr kamera Ila_Amoi.. So bleh kita share dan tengok gambar² yg Ila snap pulak..


Us.. ~ @Ti Tov Island


Sesambil jalan tgk tempat orang, boleh tambah² kenalan..

Dan sebut pasal kenalan.. aku lupa nak add si Amy-rose nie kat fb.. Ngo Thong sempat la pulak (^^").. Gome²..


Berselfie atas boat..

bermalam di boathouse

Berkayak..


Kat sini, first time dpt naik sleeper train.. antara teruja dan phobia. Ya.. sy phobia dgn train. Tak kesahlah apa jernis train pun, yg laju ke yg perlahan ker; asalkan bergerak.. sy akan rasa sedikit phobia (^^!)..

Tapi x sangka, seronok rupanya tido dlm gerabak ketapi nie.. cumanya, kami patut bawa gitar dan Ona.. Gitar untuk dipetik dikala hari menginjak siang.. Ona utk memetik gitar berkenaan..

Btw, Ona.. ko dah blajar ke, camner nak petik gitar? (^_^)v..


Oh!.. coach train nie agak sempit utk muatkan 6 org.. kalau nakkan keselesaan, better ambil yg 2 coach for four tue.. Next time yer (^^,)..


A nite in Vietnam Sleeper Train..



Masa tiba di Hoi An.. kami ada plan nak main dan naik boat bulat nie.. Tapi lokasi dia sgt jauh dr hotel tempat kami menginap.. so tak jadi..

Di Hoi An, transport kami cuma basikal.. x daya rasanya kaki nak mengayuh sampai ke sini.. mau tercabut sendi² dan tulang (^^')..




Nie.. gambar² di waktu malam di Hoi An Ancient Village.. Selepas seharian mengayuh basikal sampai ke tepi pantai, then kami patah balik semata² nak tgk pesta lampu dan cahaya kat nie..


~Credit to Ila  


Dr kawasan pinggir laut, terbang naik ke kawasan tanah tinggi pulak, Da Lat.. Tempat paling susah nak carik kedai makanan halal.. In fact, takder kot.. Sila bawa stok makanan jika ingin ke sini.. (^_^)


nite market

sibuk memborong..


Sebelah malam kami sibuk membeli belah dan ber-window shopping.. So, siang harinya, kami buat sight seeing tour sekitar Da Lat..


Dalat Old Railway Station

Datanla Waterfall..

Love Valley..


Last destination, HCM City (Saigon).. Kami naik bas malam.. Sleeper bus pulak kali nie. First time jugak nie, naik bus cengginie.. yg bagusnya bus nie, siap ada pramugara.. korang ada? (^^,)..




Asalnya, di HCM City.. kami plan nak melawat Sg Mekong dan Cu Chi Tunnel.. Tapi mengenangkan masa yg kami ada sgt terhad, so kami cancel melawat Cu Chi Tunnel.. Pegi Sg Mekong jer..

Okeylah last pics.. di Mekong Delta..



 


Buat Posh and Ila selaku mastermind tuk trip kami ini.. dan Ona juga.. yg susah payah plan sesama ngan diorng.. (aku jadi tukang tumpang ajer..) Terima kasih daun keladi.. Next trip jgn lupa ajak aku lagi (^_^)..

.. dan Amy, selaku geng dan tukang amik gambar ala selfie.. (^_^).. Tq Amy.. Tq korng semua..



Ahad, April 20, 2014

Viewtiful Vietnam: It's Shopping Time!

last day in Vietnam.. kami mmg sengaja pilih HCM city nie sbg destinasi terakhir utk trip jelayah Vietnam kami. Sebab senang.. bleh shopping habis²-an dan beg hanya bertambah bila dah nak balik; x perlu mengangkut beg banyak² dr awal.


17 Mar 2014 [Mon]
Since hari nie mmg semata² utk bershopping.. maka shopping jerlah kaedahnya.. gambar amik masa awal² jer.. then bila dah jumpa kain pasang.. telekung.. t-shirt murah².. kamera siap simpan dlm beg (^^")..

So.. nie jer gambar yg ada ketika bershopping di Cho Ben Thanh Market..






Dr pagi bawa ke tengahhari.. benti kejap tuk lunch jer.. haha.. Patutlah ramai org datang sini ek.. mmg seronok bershopping rupanyer..

Keylah nie yg kitorng makan tuk tgh hari kat Restaurant Serai..


Vietnam's Spring Rolls..

Lunch yg penuh meja (^_^)..


Kat HCM city nie, bab makan xyah risau.. banyak jer.. siap boleh pilih nak makan kat kedai mana (^_^).. Oh! kami ke Serai nie sbb katanya ada sediakan Vietnam cuisine yg halal.. tp aleh² kami makan masakan mesia jugak (^^')..

..Lepas selesai makan.. kami sambung shopping.. x sempat jalan jauh.. sebelah restaurant serai pun jadi bershopping (^^,).. Tapi kemudian kami kembali ke market sbb tadi pagi Amy x sempat beli t-shirt..




Hari nie cuaca mmg sgt panas.. semua aweks yg menjual kat dlm market nie pakai singlet jer.. Seksi sgt.. so terpaksa aku pakaikan diorng t-shirt (^^')..

Dlm market nie sama jer dgn nite market semalam.. tp ada jugak yg lebih murah harga brgan dia.. kena pandai pilih dan tawar lah kot..

Oh!.. Tapi kalau xnak beli jgn suka-suki duk tawar-menawar dgn diorng pastu belah... mmg diorng marah. So kalau mmg nak beli.. baru pegi tawar.. tawar kaw-kaw punya.. (^_^)v.


Kami mmg merayap dr satu gerai ke satu gerai.. dah nak senja baru balik hotel.. itupun lepas maghrib kami keluar semula (^_^).. Sambung shopping.. tp before that, dinner kejap kat Restaurant 1 Malaysia.

Tapi malam.. market dah tutup.. so kami jenjalan area nite market dan kedai-kedai kecil di kiri dan kanan jalan..




Ha.. nie.. masa jenjalan tadi, kami terserempak sekali lagi dgn brother yg kitorng jumpa masa daki bukit kat Ha Long Bay hari tue.. Sebelum nie masa kayuh basikal kat Hoi An.. dia yg nampak dan tegur kitorng dulu..

Kali nie.. Amy pulak yg tegur dia dulu.. memula dia ckp.. "No.. No.." hahaha.. dia ingat Amy nak jual barang kt dia. Pastu dia pusing sekali lagi; agaknya baru perasan kot.. kami berempat nie.. Then dier terus jerit.. "Hey.. you!!"

Gambar nie kami ambil sbb dia yg suggest.. Kitorng perlu ambil gambar sesama sbb tiga kali bertembung dlm masa seminggu; kata dia (^_^)v..


Brother nie dr US.. lepas Vietnam, dia nak round Myanmar pulak.. Dia tanya kitorng, lepas nie ke mana? kami jawap, balik Mesia.. Then dia balas, terpaksalah dia dtg Malaysia kalau nak terserempak sekali lagi (^^,)..

Hehe.. Meh lah dtg mesia (^_^)




Erm.. hari nie kami balik bilik lewat jugak mcm semalam.. nak dekat pkl 12.00 baru sampai bilik.. dan inilah hasil tangkapan tuk sepanjang berada di Vietnam..



----------------//----------------


18 Mar 2014 [Tue]
Nak balik Mesia dah nie.. Breakfast kat bilik jer sbb nak habiskan semua bekal yg masih berbaki. Lagipun pkl 8 lebih En. Porter dah datang tuk hantar kami ke airport..


Beg dan bertambah-tambah..

Bye HCM city..


Sampai-sampai jer airport, mmg dah tiba masa tuk check in..so terus beratur dgn beg yg dah bertambah nie.. Semua org bertambah muatan sbnrnya.. mujur tak terlebih berat beg-beg nie..

Lepas check in beg, kami lepak kejap kat tepi kastam area.. Then baru masuk dan lepak kat gate. Ramai jugak orang kita nak balik Mesia.. blaka-blaka mcm kitorng kot.. datang bershopping (^_^)..








//Sampai Mesia dlm pkl 1.00 lebih.. Letih tapi mmg berbaloi!




Rabu, April 16, 2014

Viewtiful Vietnam: Mekong Delta Tour

Hari yg ke berapa dah nie yer? haha lost count.. (^^").. These two weeks aku sedikit busy.. then tetiba ila_amoi drop gambar² tambahan.. terus blank tatau nak buat apa dah..  (^^,)..

Erm.. so kita sambung semula laa..


16 Mar 2014 [SUN]
Semalam naik bus, aku tido sampai sudah.. Oh!.. kami budget sampai around 5.00am sbb kalau sampai awal sgt kang, hotel pun x buka lagi.. Tapi kalau lewat, jenuh jugak..

Ikut perkiraan; dr Da Lat ke HCM amik masa lbh kurng 7 jam.. tp awal pula kami pagi nie.. 3.45am dah sampai.. Agak terpisat² gak lah kan (^_^).. Last² ambil teksi terus ke hotel..

..dan mmg betul pun tekaan.. Sesampai kat Ruby Hotel tue, budak jaga kaunter tgh tido kat sofa (^^').. Kami mintak check in awal satu bilik.. so perlu bayar USD25 extra. Takpelah, janji dapat sambung tido kejap, relaks².. refresh dan solat dgn selesa.


Wajah-wajah suci di awal pagi.. (^_^)


Hari nie kami nak pegi lawat Sungai Mekong.. After fast and simple breakfast dlm bilik, kami tunggu agent dtg pickup.. Janji dlm pkl 8.00pg camtu.. Tunggu kat lobi hotel jer..

..dan time lepak² kat lobi.. kami jumpa one group kakak² yg gerek nie (^_^)


Di lobi ruby Hotel..


Kami ambil pakej yg separuh harinyer tue.. dan walaupun badan letih dan masih ngantuk.. tapi tetap nak pegi jugak Mekong Tour nie.. Bukannya apa.. cuma nak bergambar mcm Sho-kun; naik perahu kat Sg. Mekong sambil pakai topi Vietnam cam nie (^^")..




Mekong Delta
Sungai Mekong merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara dan ke-10 terpanjang dan terbesar di dunia. Sungai sepanjang 4880 km nie mengalir dari Dataran Tibet di utara melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.


Bandar Saigon dr dlm bas..


Untuk Delta Tour nie, kita perlu ke My Tho City terlebih dulu.. My Tho nie bandar perlabuhan kecil, main gateway to Mekong Delta lah kot..

Dari Saigon (Ho Chi Ming City) ke My Tho City mengambil masa lebih kurng 2 jam.. Kalau diikutkan banyak jer pemandangan menarik tp sepanjang² perjalanan kami tido jer dlm bas.. Penat (^^')..


Hammock Cafe


Bas ada berhenti kejap for a break kat kedai tepi jalan.. kami terpaksa turun walaupun tanak minum sbb duduk dlm bas mcm duduk dlm oven. Menggelegak rasa otak dek panas sgt cuaca hari nie.. Belah² selatan nie mmg terik skit..

Then sambung gerak dan x lama pastu sampai di jeti. Banyak kedai jual souvenir kat jeti nie.. Aku beli topi Vietnam satu.. Tensen jer budak² nie tgk aku gedik membeli topi (^-^).. I panas.. x tahan.. hahaha..




Dari Jeti kami naik boat besar untuk ke perkampungan² yang ada di seberang.. First kampung yg kami pegi ialah Hoa Mban.. Kat sini ada Bee Farm.. katanya Royal Bee First Class..


Kampung Hoa Mban..


Sampai² jer kampung nie, tourist guide kami beri sedikit penerangan tentang lebah.. permaisurinya.. khasiat madu.. etc..

kami sekadar mendengar dan ambil gambar.. Then diorng serve honey tea + lemon.. adalah jugak kudap² seperti kerepek dan halwa halia.. Sesambil tue, diorng promote produk² royal honey..


minum honey tea..


Then..kami dibawa ke next stop.. tp jalan kaki jer masuk pelusuk kampung .. Lalu kampung dan kebun orang.. Then banyak jugak gerai² kecil menjual kraftangan dan brng-an souvenir..

Lebih kurang 5 minit berjalan, sampai di kawasan naik sampan tue..



jeti penambang..


Errr.. beria aku beli topi Vietnam nie tadi.. aleh² diorng bagi jer pinjam kat semua orang time naik sampan.. ( ^_')..


semua org ada topi.. (^_^)

 


Dari kawasan sempit tadi.. diorng dayung dan bawa kami menyusuri sungai dan pokok² bakau nie.. menuju ke area muara sungai.. Tak jauh mana pun, tp kesian jugaklah kat makcik yg mendayung tue..

Kejap jer naik sampan nie. Jadilah kan.. nak bagi rasa jer naik sampan kat sungai vietnam nie.. (^_^).

Then dari situ, kami tukar naik speed boat yang lebih besar skit menuju ke kampung seterusnya.. Tak ingat apa nama kampung nie.. tp famous dgn gula-gula kelapa..


Atas  speed boat..

Kilang gula-gula kelapa..


Proses membuat candy kelapa nie boleh dikatakan masih menggunakan cara traditional.. mesin² yg digunakan pun banyak yg manual.. kena tolak dan pusing sendiri.. bungkus pun sendiri jer..

Oh!.. Kitorng pakat beli sorang skit sbb rasa mcm takkan jumpa gula-gula nie kat HCM nanti..


Berkubang.. ~ Sekadar gambar hiasan..



Next.. kitorng nak ke kampung Hoi An.. Nak makan tengah hari kat sana.. So perlu naik balik speed boat tadi.. Memang dah lapar pun perut nie.. (^_^)




Lepas keluar dr kawasan kampung gegula kelapa tadi..kami tukar ke boat besar yg first tadi semula, before continue bergerak ke Kampung Hoi An..

Aii.. Jenuh jugak yer.. nak bergerak dari satu kampung ke satu kampung.. semunya kena naik boat/ sampan.. Kalau yg takder boat/ sampan camner yer? nak kena berenang ke ('-^?)..


Nampak tak udang di sebalik mee..? (^^")


Ada intention lain sbnrnya gambar yg kat atas nie di ambil.. tapi takperla.. yg paham tue.. paham lah yer.. (^^") ..


Sampai Hoi Ai..


Jauh jugak berboat bagai semata-mata nak pegi makan tengahhari yg kami ambil sekali dgn pakej nie (^_^).. tp amik vegetarian lunch meal lah..

Since nampak mcm xleh kenyang jer, so aku order air kelapa sejuk.. Perghh.. Air kelapa.. sejuk.. campur dengan cuaca panas.. mmg heaven. Apa lagi nikmat-Nya yg kita nak nafikan, ye dak?


Lunch kami hari ini..


Lepas makan.. kami ronda² sekitar kawasan restaurant.. takder apa sangat.. macam kawasan kampung kat tempat kita jugak la..


rayau kawasan boat ditambat..


Lebih sejam kami kat sinie.. lepas² semua org dah habis makan.. agent kami bawa melawat kampung terakhir.. pun aku lupa apa nama kampung nie (^^")..

Kat kampung terakhir nie, diorng hiburkan kami dengan musik dan lagu² traditional Vietnam.. kami x paham pun.. tp dengar jer lah kan (^_^).. sesambil tue makan buah²-an yg dihidangkan..


Ahlil Musik..

Buah + live band? (^_^)..


Lepas habis buat persembahan, kami try main alatan musik traditional diorng.. Cam real jer bebudak nie.. Kalau bab belakon tuk masuk gambar, menjadi ajer (^^,)..




Selesailah sudah, tour kami hari ini.. Kami sampai semula di jeti lebih kurang pkl 4.00pm. So bergerak balik semula ke Saigon City.. dan kami sambung tido utk 2 jam perjalanan balik nie juga.. (^_^)..


Jumpa lagi..


------------------//------------------


After maghrib baru keluar cari makan.. Perut lapar.. Kat HCM nie xyah risau pasal makanan halal.. banyak jer restoran halal, kedai² makan org melayu kita pun banyak.. dan utk malam nie kami pilih Restaurant Saigon Sri Penang..

Habis makan, baru kami jenjalan nite market sekitar kawasan hotel.. Dari pkl 9.00pm bawak ke 11.00pm.. baru ingat nak balik.. itupun sbb kedai banyak dah start tutup.. (^_^)


@nite market yo!

Hasil tangkapan mlm ni..


So.. rasanyer lengkaplah kalau nak tido.. Badan selesa; hati pun tenang.. yelah, dahlah dapat katil empuk.. bilik pun cantik.. pastu hasil tangkapan tuk malam nie pun agak memuaskan.. (^^,) ..

So.. kita tido tuk charge tenaga.. Besok baru betul² game bermula.


Till next post.. Jya!.