Wednesday, February 28, 2018

Cuti2 Thailand: KL-Padang Besar-Satun

19 Jan 2018 -Friday
Dari Bangi dalam pukul 6.30am, kami ambil grab untuk ke KL Sentral. Perlu berkumpul dengan kawan² mak-bah sebelum bergerak ke Utara. Sampai² di sana, dah ada dah yang sampai lebih awal daripada kami rupa²nya.. (^_^)

Oh! Aku dan uda join group cuti² kelab reunion sekolah mak.. Saja temankan mak dan bah, jalan² makan angin ke Selatan Thailand.


KL Sentral - Tempat berkumpul

Dalam ETS..


Dari KL ke Padang Besar, kami naik ETS. First time naik train nie.. (^_^)v . ETS nie ok.. tapi cafe dia limited sangat food and beverage. Then perlu ke cafe sebab takde troli yang akan lalu atau datang ke kita. So kalau rasa nak bawa bekal siap² pun, okey..

Then dia taklah laju sangat, dalam 100-140km/j. Surau pun ada disediakan.. Walaupun kecil tapi bersih dan selesa.. Just nice. Pengangutan awam yang selesa untuk dijadikan alternative kalau nak balik kampung atau travel (^_^).


Sampai di Padang Besar

Wang Kelian


Sampai di Padang Besar dalam pukul 3 lebih, then naik bas ke Pos Imigresen Wang Kelian (Wan Phrachan). Sesampai di sana, masing² turun bas dan uruskan urusan masuk di sempadan. Since kami semua ramai, maka mengambil sedikit masa di sini..

Selesai urusan dengan kastam, kami beli bekalan siap² untuk dimakan di atas bas. Sempat beli pulut ayam, cucuk² dan kekacang..


Pulut Ayam Selatan Siam..


Pulut ayam belah Selatan nie memang wajib dicuba.. sebab ianya sangat dikenali di bahagian Selatan Thailand, terutama di daerah Hatyai.

Dari Sempadan Wan Kelian, kami mula bergerak menuju ke Pak Bara di daerah Satun. Perlu check in resort di sana untuk satu malam..


Dalam perjalanan ke Pak Bara


Menurut kata tourist guide kami, daerah Satun, Yala, Patani, Naratiwat dan Songhkla; majoriti penduduknya adalah muslim. InsyaAllah mudah nak cari halal food (^_^).. dan di daerah Satun ni, ramai juga kaum Cina-Siam, sebab tue ada Kampung Cina..


Ermm.. Boleh tahan jauh juga nak sampai ke Pak Bara.. sebuah perkampungan kecil yang terletak berhampiran dengan pantai Selatan Siam ni.. di sini ada jeti untuk boat² kecil bawa pelancong ke pulau² berhampiran..


Bara Resort


Selepas sejam setengah, kami pun sampailah di Bara Resort. Cantik resort nie, menghadap laut (seberang jalan) dan sangat dekat dengan Pak Bara View Point. Tapi hari dah nak maghrib.. so ambil kunci, refresh dan solat..

Esok baru singgah sekejap di sana..


Hidangan makan malam


Dalam pukul 8.30 pm kami makan malam di resort sahaja. Tapi mewahnyalah seafood dan masakan siam kat sini.. Tak toleh ke lain dah (^^")..

After dinner, masa untuk balik bilik dan berehat.. Esok nak jalan ke Hatyai, then naik ke Songkhla (^_^)..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...