Sunday, October 22, 2017

Have Fun @ Movie Animation Park Studios (MAPS)




Tiba² terasa nak bercuti di taman tema.. dan kali ini, kami pilih MAPS: Movie Animation Park Studios, taman tema animasi pertama di Asia. Soft-opening dia, baru lagi.. bulan June kelmarin.. dan masih ada satu zone (Dream Zone) masih belum dibuka, maka dapatlah tiket harga promosi.

Attraction di MAPS ni tentulah thrill rides dia, tapi banyak jer yang lain.. ada permainan untuk kanak², family entertainment; open-shows dan few other performance.

Oklah.. kita explore zone by zone.. (^_^)..


chmod: kanak-kanak riang (^.^)



ANIMATION SQUARE
Dari gate utama.. kita akan sampai ke Animation Square nie dulu.. Kira macam main area untuk ke setiap zone yang ada. Ada kedai Tok Aba, ada toys and candy shops.. BoBoiBoy 4D Adventure Theater dan Center Stage pun terletak di sini.


the square

Che yam, boring (^^")

Yam teruja dengan orang nari-nari di center stage


Tapi kami ke The Adventure Bumper Blast dulu, sebab BoBoiBoy theater start lewat skit. Then lepas main kereta langgar, terus ke Lakeside Zone, berhampiran dengan bumper car nie jer..



Hyperspin satu round..



LAKESIDE ZONE
Ada 3 thrill rides di sini.. terletak bersebelahan dengan tasik buatan. Ada Space X-plorers, Hyperspin dan Asteroid Attack. Tapi cuma dpt main dua sahaja..


Cheyam dah jadi kevin dah nie.. panasnyerlah Mesia.. (- -')


Space X-plorers tak dapat nak cuba sebab by the time kami sampai situ, diorng stop sekejap, ride ada masalah sikit.. Sian juga ke Fara dan Aliesya.. tapi nak buat mcm mana..

So mari ke Animation Square semula, untuk BBB 4D theater..


Dalam 4D theater



Tak boleh bawa masuk budak bawah 5 tahun dalam theater nie.. perlu bergilir-gilir jaga yam di luar. Diorang x sediakan switch-child services macam USJ, terpaksalah bawak yam shopping untuk lekakan dia (^^")..


Geram benar gayanya.. banyak sangat mainan (^_^)..


Settled 4D theater, perut pun semua, masing-masing dah lapar.. kita berhenti makan tengah hari di The Pit Stop Cafe dulu..


The Pit Stop Cafe



LIVE ACTION ZONE
Selesai makan, masa untuk menonton pertunjukan di Live Action Zone, ada pertunjukkan aksi² stunt daripada group professional.. Ada drift, cars and motorbikes chasing scenes dan lain²..


Group photo dulu

dah start..

Best.. sila saksikan sendiri (^_^)..


Then kami ke Fantasi Forest..





FANTASY FOREST
Zone nie khas untuk kanak².. So ada rides yang simple but yet still fun (^^').. macam Zugo's Crystal Quest, Red Baron dan Fantasy Carousel..


Merry-Go-Round

Zugo's Crystal Quest

Upside-Down Pyramid and Cave of Wonders

The Tree House


Kalau tak suka panas terik di luar, boleh ke Upside Down Pyramid, Cave of Wonders dan The Adventure HQ Tree House.. Tak pun lepak sekejap dalam Coral Kingdom.. ada cafe dan indoor playground dalam tue..

Atau buat jer macam kami, main air di Coliseum Water Play (^^,)..




Then lepak surau jap.. solat dan recharge.. After that baru kami sambung jalan² ke Blast Off Zone. On the way, nampak Boboiboy Academy dah dibuka..

So kami pun singgah sekejap, nak registerkan yam nie ha.. jadi cadet terlatih, supaya boleh belajar dan jadi pelapis geng Boboiboy (^^')..


One of the young cadet of Boboiboy Hero Academy


Banyak activity dalam academi nie sebenarnya.. sampai x sempat nak ambil gambar.. sebab terlalu asyik duk ikut jer apa yang diorng suruh buat dan main game² yang diorng sediakan..

Selesai di Akademi Boboiboy, kami sambung ke Blast Off Zone, bahagian terakhir, berhampiran dengan part yang masih belum siap; Dream Zone.



BLAST OFF ZONE
Di sini ada teater Smurf, Partyland dan boleh meet and greet dengan Papa Smurt dan Smurfette.. Tapi teater hanya akan mula dipertontonkan selepas semua zone mula beroperasi nanti..



No show for today



Papa smurf dan awek smurf, dah lewat petang baru diorang keluar.. Panas kot, kalau keluar time tengah hari..




Then tiba masa untuk explore around the alley.. Ada Wormhole Technologies..


Wormhole Technologies


Starship Restaurant


Menghadap Wormhole Technologies, ada satu lagi restaurant.. Alternatif untuk pilihan menu makanan berat.. dan nanti akan ada dua cafe dan restaurant lagi, bila Dreamzone tu dibuka untuk public nanti..




Kitorng sambung main bumper car lagi sekali.. Memula ingat nak try Space X-plorers, tapi still tak boleh.. Asal kami datang sshaja ke situ, diorang stop..

(-_-) Huhuu.. Takde rezeki..




Sedar-sedar.. hari dah nak maghrib.. so lebih baik gerak balik ke hotel (^_^)..



------------------//------------------


Secara keseluruhannya, best MAPS nie.. tapi itulah cuaca di Malaysia nie panas.. sangat panas, lagi² area Ipoh dan ke Utara Malaysia nie.. jadi eloklah kiranya pihak MAPS sediakan drinking water fountain atau water cooler untuk pelawat.

Kasihan kami, silap² boleh pengsan sebab dehydrate. Dan walaupun pilihan untuk dine in tue banyak, tapi agak kurang berbaloi dengan harga yang kami bayar.. Roti pizza dan sandwiches kami keras, penat nak kunyah (-_- )..

No wonder ramai yang datang after 11.00am.. Boleh lunch siap² dan cuaca bawa ke malam, lebih sejuk berbanding pagi bawa ke tengah hari. MAPS buka dr 10.00am - 10pm untuk weekend dan cuti umum. Kalau weekdays, 10.00 am - 6.00 pm.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...