Tuesday, May 30, 2017

Japonism: Subarashii Tokyo e no Ai wo Sakebe


Ueno Park


23032017 [THU] - Tokyo Day III
Last day sudah.. hari nie hari last kami di sini. Esok dah kena balik Malaysia. Since that, mari kita habiskan masa kita hari ini dengan menyambung aktiviti meronda bandar Tokyo, sambil bershopping sakan..


Kaminarimon Gate of Senso-ji Shrine, Asakusa


Asakusa
Lokasi pertama untuk hari ini ialah Asakusa. Kami berhenti di Asakusa Station rasanya tadi..so lalu Dempoin Dori dulu, baru naik ke Nakamise Street dan seterusnya Sensoji Shrine..

Sekali lagi menjejakkan kaki di sini dengan tujuan untuk shopping bebarang souvenir dan memburu Japan halal street-food (^^")..



Dempoin Dori

Di persimpangan dilema jalan


Actually banyak street-food di sini.. antaranya crispy-jumbo melon pan; kedainya berhampiran dengan Sensoji Temple. Diorang cakap makan time panas² tue mmg heaven-lah.. tapi kami x jumpa kedainya. huhuu (-_-)..

Then.. kibi dango pun katanya ada juga dijual dekat² area nie.. sedap kuih nie.. ada yang disira, ada yang ditabur dengan serbuk kacang hijau.. but then yang nie pun kami x jumpa.. Yang jumpa cuma ningyo-yaki; kuih bahulu bentuk ikan berinti manisan..

Kedai ningyo-yaki nie kami jumpa di area deretan kedai bangunan baru.. Shin-Nakamise shopping street kot nama area tue.. Kedai dia di tepi corner, simpan empat..


Ningyo yaki berinti red bean dan ice-cream vanilla

Nakamise Street dan Senso-ji


Lepas lawat shrine dan shopping² skit, kami mula gerak ke Ueno Park.. but on the way, kami lalu another market street: Ameyoko.



Ameyoko 


Ameyoko
Market nie terletak di sepanjang laluan Yamanote Line antara train station Okachimachi dan Ueno. Ameyoko adalah singkatan daripada 'Ameya Yokocho', bermaksud lorong kedai gula-gula; sebab asalnya memang lorong nie, tradisinya menjual manisan dan gula-gula.

Sebab lain, Ame juga bermaksud Amerika. Selepas Perang Dunia Kedua, banyak produk² Amerika dijual di sini semasa tapak market nie merupakan pusat pasaran gelap dulu².




Sekarang nie pelbagai produk seperti pakaian, beg, kosmetik, produk hasil laut, makanan kering dan rempah dijual di sepanjang Ameyoko. Waktu operasi antara 10.00 pagi - 8.00 malam dan ada juga kedai²  yang tutup pada hari² Rabu tertentu.

Oh!.. Bebudak nie, bila dah nampak banyak seafood fresh².. semua dah excited nak membeli.. Last² lepas bincang² diorng beli ketam gergasi, separuh ekor.. dan buah strawberry yang gemuk². Nak buat tambah bekalan berkelah katanya.



one of the three sakura tree that bloomed..


Ueno Park
Taman nie taman awam yang terletak di tengah bandar Tokyo. Asalnya taman nie merupakan sebahagian daripada Kaneiji Shrine; salah satu kuil terbesar dan terkaya di bandar dan kuil keluarga puak Tokugawa yang memerintah semasa zaman Edo.

Tapi pada tahun 1868, perang saudara yang berlaku telah memusnahkan hampir keseluruhan Kaneiji. Selepas tue, kawasan Ueno nie dibangunkan semula mengikut gaya barat. So boleh dikira sebagai taman gaya barat pertama di Jepun..


@the entrance of Ueno Park..


Sekarang nie Ueno Park nie terkenal dengan pelbagai muzium. Ada Muzium Nasional Tokyo, Muzium Nasional Seni Barat, Muzium Seni Tokyo Metropolitan dan Muzium Sains Negara.. dan ada juga Ueno Zoo; taman zoologi pertama di Jepun.

But then, kami datang sini sebab nak menikmati keindahan bunga Sakura.. Ueno Park adalah tempat paling popular dan meriah untuk hanami (Sakura watching). Kat sini ada lebih daripada 1000 pokok ceri yang ditanam di tepi² laluan..

Tapi.. Sakura biasanya mekar pada akhir bulan Mac sehingga awal April, so kami datang nie sambil berdoa, moga ada rezeki.. dan alhamdulillah, dapatlah tengok 3 batang pokok Sakura yang agak lebat bunganya..


picnic sat..


So lepas round sekitar taman, kami pilih port nie untuk berhenti rehat dan lunch. Picnic lah sekejap di bawah pepohon dan beralaskan leaves bed (^_^)..


Lepak-lepak..

Yam.. into the wood

buat macam taman sendiri (^^")..


Then memula ingat nak ke Nippori area, boleh pegi Yanaka Ginza street dan Textile Street; cari kain pasang untuk raya, tapi tak jadi.. So kami just sambung cari chocolate sekitar Ameyoko untuk dibawa balik.

Setiap orang dapat seplastik besar beg berisi chocolate sesaja untuk dijadikan souvenir. (^_^)v.. dan kemudian balik hotel..


Balik bilik..


Sampai jer bilik, terus masak dinner dan habiskan semua bekalan yang ada.. Then bebudak nie rebus ketam yang dibeli di pasar tadi dengan nasi jepun.. jadilah bubur ketam (^^")..


makan malam kami..


Selesai dinner, dan selepas uda settled urusan tiket nana, Uda ajak keluar semula.. nak cari beras jepun untuk bawa balik Malaysia. Alang² beg dah kosong katanya (^_^).. Tapi Fara jer yg ikut.

Aku, nana dan radie, nak mengemas beg, kami banyak barang.. bebarang bento aku jer dah separuh beg (^^').. Esok pepagi dah nak kena gerak ke airport.. bimbanglah pula.. tp geram juga bila diorng send gambar²  nie (^^,)..


Tokyo Tower


Erm.. berakhir sudah trip Jepun kami untuk kali ini. Semoga dapat peluang bercuti lagi ke sini.. #sisterstrip #cheyamjalanjepun #tillthen #sayonara



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...