Thursday, June 23, 2016

Shell Out @Home




Semalam cuti Nuzul Quran.. maka kami bleh masak beria skit.. So pakat² empat beradik nak buat shellout sendiri kat rumah.. Tapi ala² sopan gituew (^^')..

Haha.. Tak sempat nak beli kertas majong dan plastik alas meja.. so tak dapat nak buat makan berselerak cam kat kedai.. Kami just letak dalam dulang pembakar..





SHELL OUT

Bahan kisar: 
10-15 tangkai cili kering
1 labu bawang putih
2 inch halia
2 sudu udang kering
Sedikit belacan

Bahan tumis: 
1 biji bawang Holland -racik halus
6 biji bawang merah -racik halus
3 sudu butter
6 tangkai daun kari -ambil daun sahaja
3 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
2 sudu rempah kari (optional) -bancuh jadikan pes
1 sudu black pepper (optional)
1 kiub pati ayam

Hiasan/tambahan: 
2 biji lemon (dipotong wedges)
Brokoli dan Jagung (optional) -kukus dan letak butter

Seafood:
2 ekor ketam sederhana besar
500g pepahat
1kg lala
1kg kerang
300g udang kasar
Sedikit isi kepah (ada lbh dlm peti ais)

Seafood pilihan ikut suka-hati masing².. kalau ada tambahan seafood jenis lain pun boleh. Quantiti ikut berapa ramai nak makan.. untuk potion nie.. boleh makan dalam 7-8 orang..


Cara:
Sediakan seafood.. siang dan bersihkan.. untuk ketam boleh potong dua. Then perapkan dgn serbuk kunyit dan serbuk lada hitam sekejap. Ini untuk hilangkan bisa makanan laut (org kata.. Wallahualam).. Then siapkan bahan tumis dan bahan kisar.. ketepikan.

Panaskan air setengah periuk, dan rebus seafood half cook.. Rebus skit² kalau periuk x muat dan simpan air rebusan untuk masak kuahnya nanti. Untuk lala, udang dan pepahat kitorng rebus sekejap jer.. sebab tanak nanti jadi liut. Ketam dan kerang lamakan skit.. sbb isi ketam tebal bimbang x berapa masak isi dia.. Kerang perlu rebus sehingga dia terbuka.

Rebus dulu siap², nanti senang.. Bila kuah pedas dah masak, just balik² dan siram jer atas seafood.. tak perlu tunggu lama.. Selesai rebus, kita siapkan kuahnya pula.. Dalam kuali lain, tumis bawang², daun kari dan bahan kisar dengan butter. Letak minyak masak skit supaya butter tak mudah hangus.

Bila dah naik bau, dan layu sikit.. masukkan serbuk kari, sos tiram, sos ikan dan kiub ayam.. Tambahkan sedikit air rebusan seafood jika kuah terlalu pekat.. Bila minyak dah terbit, boleh masukkan seafood yg dah direbus awal tadi.. Kalau x muat kuali, boleh masukkan separuh².. Selesai semua, hidangkan then taburkan brocoli, jagung dan lemon.. (kami xder lemon.. so x letak)





Okey.. itu untuk yang bercengkerang.. Meh kita masak sotong goreng telur masin plak, ala mama Maryam dan Makde style.. (^_^)..


SOTONG GORENG TELUR MASIN

Bahan²:
3 ekor sotong sederhana besar
4 sudu besar tepung goreng serbaguna
2 biji telur masin -direbus dan hancurkan
3 tangkai daun kari -lurutkan, ambil daun sahaja
2 ulas bawang putih -cincang
5 biji cili padi
1 sudu butter

Cara:
Bersihkan sotong dan potong bulat². Panaskan minyak dalam kuali. Gaulkan sotong dengan tepung goreng serbaguna dan goreng dalam 4 - 5 minit. Toskan sotong atas penapis supaya sotong kekal crunchy.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, masukkan butter. Biar butter cair sikit then tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan telur masin yg telah dihancurkan beserta daun kari dan cili padi. Gaul rata dan teruskan kacau, then masukkan sotong goreng tadi.

Besarkan api.. kacau sehingga bergaul mesra sotong dan telur masin tue.. Tutup api dan sedia untuk dihidang.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...