Friday, June 17, 2016

Lake Kenyir Resort, Taman Negara




Bulan puasa boleh pegi bercuti pulak (^^").. Hehe.. temankan Fara ke Kenyir jap.. Ada kerja luar katanya.. since aku pun perlukan ketenangan, maka tumpang sekali hotel dia (^^,)..

So kami ke Lake Kenyir Resort nie.. tapi tidak lah sampai naik boat round tasik. Just lepak dalam bilik, sambil study class materials next sem. So nie beberapa gambar yang boleh dikongsi dan disimpan dalam cloud..


Kawasan parking kereta..

Kandang rusa..


Resort nie dia mcm isolate skit.. setiap rumah inap dia pun jauh-jauh letak antaranya.. Dari tempat parking kereta nak ke main building/ check in kaunter pun kena naik buggy..

So, bila sampai sini.. boleh call buggy service minta diorng datang amik kita bawa ke main building..


Model buggy Lake Kenyir Resort..



Cantik sebenarnya tempat nie.. tapi tuelah.. tersorok sangat.. Sunyi jer masa kami sampai kelmarin.. Ke sebab bukan cuti sekolah?

.. dan bulan puasa? (^^")..


Anak batu bersurat akhirnya ditemui (^^")..

Bilik C309..

Main building di waktu malam..



Hari first dan kedua lepak dalam bilik.. Memula nak keluar jenjalan belah petang, pegi main kayak kat tasik ke.. Sekali hujan pula.. so sambung baca buku dalam bilik sambil ditemani enggang tunggal di luar beranda..

Esoknya.. before Fara pegi kerja.. barulah kami berkesempatan jalan-jalan sekitar resort dan ke jeti tasik nun di bawah sana..


Morning walk..


Jauh juga perlu berjalan dari bilik ke jeti kat bawah nie.. Adalah dalam 20-30 minit berjalan jalan kaki.. Tapi nie bukan main jeti rasanya..

Sebab ada nampak macam jeti besar skit di main building sana..


Jeti kecil tepi tasik..


Lepak² sat kat sini.. sambil duduk juntai kaki ke dalam tasik.. Lepas bangkit baru terfikir.. Orang kata Tasik Kenyir banyak ikan toman besar²  (^^")..

Nasib baik tak hilang jari kaki.. haha


minna kairo!


Since hari pun dah nak pukul 9.00 lebih.. Fara ajak balik bilik.. Lagipun dia nak settle-kan skit jer lagi kerja²  dia..

Begitu sahaja percutian jalan² sambil kerja kami.. Maybe next time bleh bawa mak ngan bah.. Then ajak Maryam, Mama dan Abi Maryam jugak.. Bleh mandi kolam ramai² (^_^)..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...