Sunday, June 05, 2016

Crazy Krabi: Jalan² di Krabi Town






20/5 FRI @Krabi Town
Hari nie terlewat skit keluar dr hotel.. sebab leka makan meggi dan biskut dgn Ona dan Sarra.. Pkl 8.15am baru keluar dr bilik hotel utk sarapan dgn rasminya (tadi berlatih sahur (^^")..)..


Breakfast di Galeri Seni..


Breakfast kt gerai bersebelahan dgn gerai smlm. Pukul 9.30am habis makan then kami try tengok kereta sewa. Ingat nk round² bandar Krabi sendiri.. Pakat² sewa kereta jerlah hari nie. Sewa 1500baht untuk sehari.

Dia suh tunggu 20 minit. Ternyata 20 minit di Krabi x sama seperti di Malaysia (^^").. dah nk dekat sejam nie weh.. bila kitorng bleh start jalan nie?


Sblm 20 minit berlalu..


Akhirnya, pukul 10.40 pg baru kami semua dapat bergerak.. so seperti yang telah dirancang, kami menuju ke Tiger Cave.



Tiger Cave Temple
Kuil Tiger Cave (Thai: Wat Tham Suea) adalah sebuah kuil Buddha yg terletak di timur laut Krabi.. Nie antara kuil Buddha yang terawal dibina kat sini..

Diberi nama Tiger Cave sbb ada sebuah gua di sini yg mana ada kesan tapak kaki harimau di dalamnya.. Selain itu, kuil nie juga terkenal dgn patung Buddha besar, terletak nun jauh di puncak bukit..


Di luar tiger cave..

tangga naik ke atas..


Lebih kurang mcm kat batu cave, kat sini ada banyak mata anak tangga juga.. Tangga yg tinggi melangit.. then curam lagi menggayatkan..

Since tak larat dan takut nak mendaki setiap mata anak tangga, maka kami biarkan Posh dan Wan jer yg naik.. Manakala kami yg empat org lagi nie, hanya lepak² jer kat bawah..


Kak.. nak air mineral skit bleh? (^^")..


Then tetiba ternampak tangga ke Wonderland.. hahaha.. Wondering apa yg wonder sgt tue.. so aku try panjat ngan Dayah..

Sesampai kat atas nampak ada mata anak tangga menurun jauh ke bawah balik semula di balik bukit nie.. Kena turun ke bawah la pula.. So x payah lah.. Karang kena naik tangga dan turun semula.. so adalah baiknya kita balik ke pangkal jalan sahaja..


Stairway to Wonderland..


Lepas 40 minit.. Posh dan Wan pun turun.. Diorng x naik sampai atas pun.. katanya tangga dia kecil, curam dan ada yang perlu berselisih dengan pengunjung lain.. Bimbang jatuh. So diorng turun jer balik semula..

Since xder apa sgt kt sinie.. maka kami mula bergerak ke next location..



Krabi Premium Outlet
Kami ke Krabi Premium Outlet.. Tak best pun.. Nothing much and just wasting your time.. Tapi aku sempat amik 4 helai t-shirt Stitch.. haha.




ermm.. apa² pun JPO lebih best dan besar dan pelbagai.. Then harga barang² kat sini pun tak berapa nak murah sangat juga..

Okey.. Next!



Gastropod Fossil Shell Cemetery Beach
Gastropod Fossil Site atau juga dikenali sbg Shell Cemetery (Su Saan Hoi) nie adalah kawasan di mana dijumpai fosil² jenis moluska. Khabarnya berusia antara 40 dan 75 juta tahun dahulu..


pantainya..


To tell the truth, kalau kita jenis x tau apa² pasal fosil dan kajibumi nie, memang tak berapa best kot.. Pastu masa sampai sana, matahari dah tegak atas kepala.. nak jalan ke tapak fosil tue lagi..

So last² lepak kejap tepi tebing tue then cari kedai makan (^^')..




Kemudian ingat nak ke Krabi Aquarium, sekali leka duk shopping sampai dah pukul 4.00 lebih. Selesai shopping, kami just berhenti solat kat masjid tepi jalan jer jap..

Then terus ke bandar Krabi..


otw ke Krabi Town..



Krabi Town + Nite Market
Kalau pegi ke town Krabi nie.. perlu bergambar dgn statue ketam kat dataran nie.. Kalau tak.. di kira tak sah (^_^)..


Gaduh siapa nak duduk mana.. (^^")..

Patung Ketam Krabi


Then sebab masa kat pantai semalam tak berkesempatan nak bergambar ala² AADC2, so kitorng try-test kat sini..


preparation untuk shot ala² AADC2

Angle lain plak..

Meh awek Rangga plak yg try (^^')..


Okey.. another 3 pictures before pegi nite market..





Memang popular nite market kat bandar Krabi nie.. Ala² pasar malam kita juga.. Dibuka setiap hujung minggu (Jumaat-Ahad shj).. Wajib pergi kalau nak cari souvenir.. (^_^)

It's shopping timeeee!!


Krabi Nite Market..


Dari pukul 7.00-8.30 jer kami mampu mengharung nite market nie.. Orang ramai giler.. tapi Alhamdulillah, semua souvenir berjaya dicari.. (^_^)..

Then kami gerak balik ke Ao Nang.. Singgah kedai area beach kejap.. sbb diorang ada x jumpa lagi beberapa barang yg diorng dah aim.. Alang² ingat nak singgah beli lempeng Kak Yamilah.. sekali tutup (T_T)..

Lepas habis shopping, balik hotel. Makan pun tapau jer bawa naik makan kat bilik.. Selesai sudah jalan² bandar Krabi hari nie.. Esok dah nak balik dah (^_^)..



----------------------//----------------------



Pantai Ao Nang..


21/5 SAT @Balik Malaysia
Pagi nie lewat juga keluar breakfast.. around pkl 8.15am.. Lepas makan aku naik bilik sebab perut tak selesa.. Sara pun rasa tak sihat sangat.. so kami berdua lepak dan clearkan bilik.


Breakfast..


Posh, Ona, Dayah dan Wan sambung jenjalan kat pantai.. Around pukul 10.00 am baru kitorng pulangkan keta.. tapi seperti semalam, lambat juga datangnya tuan kereta tue.. Kata kena pulang pukul 10.. tapi pukul 11 lebih juga dia sampai..

Sedang elok, kami semua dah siap checkout hotel sekali. But then janji dengan orang taxi pukul 2, so separuh lepak kat lobi Haleeva.. Aku, Posh dan Wan try foot massage kat kedai sebelah hotel.. Habiskan duit yang berbaki..

Selesai bermassage, kami habiskan stok makanan sebab malas nak bawa balik Malaysia semula. So lunch kami hari nie, sandwich tuna pedas dan meggi asam laksa/kari (^^").. Pukul 2.00 pm mula bergerak ke airport..




Sesampai airport, terus check in beg.. Alhamdulillah, dpt check in semua beg (cukup² 50kg).. Gate buka pukul 4.30 pm.. Kami ada lebih kurang satu jam lebih.. Since duit pun tinggal 40baht jer nie, so baik duduk jer dendiam (^^")..

Oh! Flight kami delay hampir 20 minit.. still sebab cuaca x berapa stabil dan mengizinkan.. but kapten promise to reach KL on time or at least 15 minutes behind schedule..




Alhamdulillah.. 7.47 pm sampai malaysia.. Berakhirlah sudah percutian kami ke Krabi. Mari kita plan untuk percutian berikutnya pulak (^_^)v..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...