Wednesday, June 01, 2016

Crazy Krabi: Ao Nang Beach




Akhirnya.. selepas beberapa kejadian dan cabaran; Alhamdulillah, ke-enam² kami dapat pegi dan meneruskan trip backpacking + berbeg-tarik ke Krabi, Thailand..

Malam sblm berangkat, kami berkumpul di rumah Wan dan Sara. Perancangannya, esok seawal pukul 3.00 pg kitorng akan bergerak ke KL Sentral.. Jumpa Ona di sana.. Then naik skybus ke klia 2.

But then plan bertukar..




18/5 WED @Ao Nang, Krabi
Flight kami pkl 7.00pg.. so perlu sampai KLIA 2 around pkl 5.00am supaya dpt settlekan semua urusan check in dan kastam.. Alhamdulillah everything berjalan lancar.. 3.45 keluar rumah, amik ona kat Kota Damansara.. Then menuju ke rumah abangnya si Wan..

Nak minta tolong abang Wan hantarkan kami semua ke KLIA 2.. jadi x perlu park kereta kat sana. Then Dayah pun sampai lebih kurng sama masa dgn kami.. around 5.45am.. Settle check in semua bags; terus ke gate L5.




KL Hujan lebat sekarang nie, so flight delay sejam. Then kena queue pula, amik turn untuk depart.. lama juga kami duduk atas flight.. tp nak buat cam mana, cuaca tidak mengizinkan..




Sesampai di Krabi International Airport (8.14pg waktu tempatan).. Cuaca agak baik cuma sedikit berkabus dan sejuk pagi nie..

Untuk ke hotel, kami just ambil shuttle bus/ airport taxi service yg ada kat situ. Banyak pilihan kat airport nie.. sampai kompius nak amik yg mana satu..

Dan kami ambil pakej yang 2 ways terus.. Kalau sehala satu van; ฿1050. Dua hala, cuma perlu topup ฿600 lagi.. so nanti balik diorng amik kt hotel hantar ke airport semula.. (dalam ฿275/head)




Sampai hotel 10.00pg.. Tapi x boleh nak check in lagi, so tumpang beg kat hotel dan merayap sampai ke area pantai.. Ao Nang Beach..

Bila dah nak masuk pkl 11.00 nie.. cuaca mmg panas dan berbahang.. Habis pegi kawasan pantai, memanglah panas ye dak? (^^")..




Dari hotel kami menyusur deretan kedai menghala ke pantai.. sesambil cari kedai makan.. Tapi semua macam baru nak buka.. Last² sampai pantai..

Dekat 20-30 minutes jugaklah berjalan dr hotel tadi.. Jauh betul rupanya, tgk dlm map mcm dekat jer (^^").. BTW cantik pantai dia.. mcm Teluk Cempedak skit².. cuma kat TC xder ikan todak nie (^_^)


The Sword Fish sculpture


Then, decide to have an early lunch di La Casa Restaurant.. Selesai makan, smbung jalan².. jumpa lempeng pisang +nutella.. Try rasa share dgn Sara, ฿60 sekeping.. Then bila jalan balik naik ke hotel jumpa ada kedai jual ฿40 je.. haha Hampeh betul..

So kesimpulannya, makin menghala ke pantai, makain mahal harganya.. Actually kalau datang Ao Nang, better cari pancake akak Yaminlah.. Tapi gerai dia, jauh lagi menghala ke atas sana.. tak larat nak jalan kaki..

Then.. jumpa pula org jual ice cream kelapa.. Wan sorng je beli. Bila rasa skit, sedap juga.. Tapi kendianlah beli, tak terasa nak makan ice cream sangat lagi..


Deretan kedai souvenir

A-Must-Try Krabi's Signature Sweets/ Drink


Balik hotel pukul 1.00 lebih.. Masih tak boleh nak check in lagi, so tunggu kat lobi kejap.. Dlm pukul 1.40 pm barulah dapat kunci.. Dapatlah masuk bilik..

Bilik aku ngan Ona menghadap ke jalan raya.. Bilik diorng berempat menghala ke pool dan gunung-ganang kat belakang tue.. Cantik!


Bilik mereka

Bilik kami (^_^)


Masing² penat tak habis lagi.. so elok jer dpt bilik.. refresh, solat then tido (^^").. Sedar² dah pukul 5.00 pm.. Kejut ona.. tapi dia malas nak bangkit lagi..

Then call Sara.. Sara kata dia sorang jer dlm bilik; tatau Wan dah pegi mana.. Bila call posh.. Dayah yg angkat.. dayah pun tatau Posh gi mana..

Haha.. tengok kat wassap.. Diorng kata diorng gi riki restaurant the Lemon. Since posh jer yang tau bawak motor.. so diorng gi try tengok tempat tue berdua dulu..


Ao Nang food street.. (^^,)

@Bangboo Restaurant


Tapi kami lapar..

so ajak diorng semua turun.. Gi carik lempeng nuttela+pisang tapi kedai tutup.. Pastu menyusur lagi jumpa kedai Bangboo Restaurant.. Lepak kt situ, minum² sambil makan pulut mangga dan Popia goreng..

Sesambil tue wassap Posh dan Wan, kata kami tunggu di Bangboo.. But then rupanya ada banyak Bangboo restaurant sepanjang jalan.. mujur diorng jumpa..

Sampai².. Posh dan Wan bawa balik lempeng akak Yaminlah yg famous tue.. Memang sedap pun.. pastu isinya penuh dan lebih besar drpd lempeng 60baht yg kami beli area pantai siang tadi.. Harga 40baht-45baht ikut nak isi apa dlm dia..

Sila try nutella+pisang; mangga susu (sebijik isi mangga ada dlm tue (^^')..) dan pisang+peanut butter. Seriously sedap. Must try (^_^)v.


makan malam + Lempeng Kak Yaminlah..


Then.. since kedai The Lemon tue agak jauh.. maka kami makan malam di kedai makan berhampiran hotel sahaja.. Apa ntah nama kedai makan nie, tapi mango lassi dia mmg terbaiklah..

Selesai makan sambung jenjalan kawasan sekitar.. Diorng nak carik dry bag; esok nak gi jenjalan pulau.. sesambil tue diorng terbeli kain batik dan t-shirt dan seluar besar gedebus-gedebas tue..




Aku masih blum terjebak dgn gejala bershopping nie lagi, sbb ingat nak usha area krabi town dulu.. Dan kemudian, diorng nak try turun menghala ke pantai semula, sbb x jumpa dry bag yg berkenan lagi.

So kami pecah kpd dua group.. Separuh cari dry bag, separuh pegi ber-Thai massage..


Kedai thai msg tue betul² sebelah hotel kami.. Tapi frust sgt. Auntie kat Selayang Mall urut lagi best drpd org kedai nie buat.. Tapi bila tanya Sara.. Sara kata org yg urut kaki dia best jer. Nanti nak try yg foot msg jer lah pula..


Okeylah.. jumpa esok.. kita ber-Hong Island trip.. Wuhuu!





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...