Wednesday, January 06, 2016

Sunny Day Bento




Alhamdulillah.. hari² di tahun baru nampaknya cerah dan ceria jer.. so kita buat tema bento untuk hari nie bersempena dgn sang suria yg indah memancar² - giler poyo bahasa (^^,)..

Untuk breakfast makan nasi goreng dan telur mata + nuggets ayam dan ulam timun.. Lunch, lauk simple jerlah.. ayam goreng berlado..


Jemput makan semua.. (^_^)..




--------------//--------------



Menu semalam.. sbb x sempat nak up gambar bento hari semalam.. so share jer kat sini..


Ikan Talapia Goreng Asam Jawa


Hari Kelmarin, beli ikan talapia dgn Mai.. So dptlah buat lauk utk tengah hari.. Goreng jer pun, tapi perap dgn asam jawa semalaman so lagi sedap rasa dia..

Lepas siang dan cuci.. ikan² mcm nie, aku selalunya akan lumur dgn tepung skit spy boleh hilangkan lendir² pd bdn ikan.. then basuh, dan rendam pula dgn air asam jawa/ limau nipis dlm 30 ke 40 minit..

Then basuh bersih, baru simpan dlm fridge.


Tapi utk goreng asam jawa (resepi Dayah) nie.. lepas basuh dan bilas.. lumur asam jawa, simpan dlm peti ais dan esok, bila nak goreng, tambah serbuk kunyit+ lada boh+ garam; dan lumur semua bagi rata..

Pastu goreng.. kalau rajin boleh buat sambal kicap, boleh cicah².. Serious sedap.. Lebih pecah selera; dapat pulak nasi panas.. (^_^)..


.. Iskh.. bercerita jer pun bleh droolling nie (^^,)..






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...