Sunday, October 11, 2015

Bento: Bila Ahad pun Kena Kerja (^^,)




Hari nie kena gi kerja.. (^_^).. So terpaksa buat bekal juga di hari ahad nie.. Breakfast dgn chicken meatballs, scramble eggs, timun dan tomato cherry..

Lunch ikan goreng dan sayur bak choi goreng jer.. Tapi tak cukup.. So lepas zohor keluar gi carik lauk tambahan (^^").. Aku mmg xbleh makan ikan la.. x kenyang.. kena isi ayam atau daging jugak..





Simple but yet agak meriah bekal aku hari nie (^_^).. Then tadi pagi di pantry memasing pun bawa bekal.. makan ramai-ramai sesama.. dan walaupun kena kerja tapi hati semua senang dan gumbira..

Alhamdulillah.. (^_^)


-------------------//-------------------





Ada banyak isi ayam dlm peti ais, so baik kita buat chicken meatballs.. Oh! Chicken meatball ni low carbs.. resepinya seperti di bawah:


Simple Chicken Meatballs:

600g isi ayam
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 biji bawang merah - didadu halus
1/2 ikat daun bawang - diracik halus
1/2 biji lobak merah - didadu halus

Masukkan isi ayam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam dlm food processor. Kisar sampai hancur.. then keluarkan.. gaulkan dgn bawang, daun bawang dan lobak merah yg tlh dipotong dadu dan halus.

Sapukan sedikit minyak masak di tapak tanga.. then boleh bulat-bulatkan sebesar bola golf (^_^).. Then Didihkan air, rebus hingga bebola masak. Angkat, tos dan biarkan sejuk before difrozenkan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...