Tuesday, September 15, 2015

Jantung Pisang Masak Lemak Kuning


Mecha² umaii..


Sampai jer rumah semalam.. Uda-chan dah siap masak.. dr pintu depan dah berbau harum ikan goreng. Terus rasa lapar (^^').. Pegi dapur, tak nampak lagi dia masak jantung pisang nie..

Bila turun semula nak ratah ikan goreng.. sekali nampak ada periuk kecik atas dapur.. huhuu.. sedapnya lauk!!.. Bertambah sedap bila sampai rumah semua dah siap masak (^^").. ye dak?


//Tapi resepi lupa nak tanya uda (^^').. Nanti dah dpt.. update semula..



---------------------//---------------------


JANTUNG PISANG MASAK LEMAK KUNING
1 biji jantung pisang
secekak pucuk mengkudu
3-4 biji baby corn
1 kotak kecil santan
Segenggam ikan bilis
1/2 inci kunyit hidup
9 biji lada kecil
2 biji lada merah
1 biji bawang merah

Cara:
Tanggalkan lapisan keras atau kulit luar jantung pisang.. Potong dua dan celurkan dlm 10 minit. Bila dah lembut, angkat toskan dan perah jantung tue, biar keluar semua air rebusan dr jantung.. Ini petua tok, kata Uda. Kalau masak gulai nangka pun, kena perah nangka sampai habis keluar semua air rebusan.

Okey.. then hiris jantung pisang dlm 1 cm camtue. Pucuk mengkudu pun, racik juga.. Then baby corn, potong memanjang atau kecil.

Blender ikan bilis, lada kecil, lada, kunyit hidup dan bawang merah. Masukkan semua bahan yg diblender lumat ke dalam periuk, beserta dgn santan dan masak atas api sederhana.. Kemudian masukkan hirisan jantung pisang, pucuk mengkudu dan pundak jagung tadi.. dan kacau.

Bila semua dah agak layu dan masak, masukkan garam dan gula. Kacau rata dan biarkan mendidih kejap.. Bila dah ok semuanya, bolehlah dihidang, bersama ikan goreng dan sambal kelapa atau sambal belacan.. (^_^)v.



//update *17 Sept 2015..






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...