Ahad, Julai 12, 2015

Bubur Pulut Hitam SP




Tetiba terasa nak makan benda manis², so minta Nana rendamkan pulut hitam siap-siap.. balik tadi terus boleh masak jer..

Oh! Bubur pulut hitam nie, favourite aku.. semua juadah yg ada pulut mmg aku suka (^^,).. Sama mcm tok.. tok pun suka pulut.. so tadi berbuka kat rumah teh, kitorng bawa bubur pulut itam nie.. boleh makan ngan diorng..




Okeylah.. jom share resepi..


BUBUR PULUT HITAM

Bahan-Bahan:
250g pulut hitam
air secukupnya untuk merebus pulut
2 kotak kecil santan (200ml x 2)
3 helai daun pandan -carikkan dan simpul
1/4 cawan gula putih
2 keping gula melaka
garam secukup rasa


Cara:
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga pecah kembang.. Selalunya bila dah kembang tue, kira lembutlah (^_^). Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat..

Then masukkan garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula santan dan jika terlalu pekat, boleh tambah air. Then sesuaikan gula dan garam.

Sentiasa kacau spy x berkerak di dasar periuk dan santan x pecah. Bila dah masak, boleh dihidang panas.. tp aku lbh gemar makan sejuk², so after bubur sejuk sedikit, boleh simpan dlm peti ais.. lepas terawih, baru makan.. (^_^)v



// Untuk jimatkan masa merebus, rendam pulut hitam semalaman.
// Hidangan untuk 6-8 orang



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...