Tuesday, June 23, 2015

Tauhu Sumbat & Sos Kacang

Tauhu sumbat mmg favourite aku dan adik-adik.. bila ckp ngan fara, kami nk buat tauhu sumbat tuk berbuka, dia dah requested suh buat sekali lagi weekend nie, bila dia balik Kuantan.

Okey ajer.. (^_^)..


Tauhu sumbat + kuah kacang


Bahan²:
Tauhu 5 keping
1/2 biji timun diracik halus
1/2 biji lobak disagat halus
sedikit taugeh

Cara:
Potong dua tauhu² tue (potong silang spt dlm gmbr) then kelar bhgn tengah supaya mudah nak sumbat sayur²-an. Pastu goreng hingga kekuningan bahagian luarnya. Bila dah masak, angkat dan lepas sejuk skit, bolehlah disumbat dgn timun + lobak + taugeh.





Bahan² utk sos kacang:
600 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
5 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
2-3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara:
Goreng kacang tanah hingga betul² masak/ garing.. Sejukkan dan dibuang kulit mana boleh. Then kisar dgn pengisar kering.. Kalau nak kuah kacang tue nanti cam chunky², so sebahagian kisar halus, sebahagian lagi jgn halus sangat..

Then blender bawang dan lada kering hingga lumat. Tumis dlm periuk hingga terbit minyak.. Guna api sederhana. then titik serai, masukkan dlm periuk. Bila lada kering dah masak, masukkan kacang tanah yg telah dikisar bersama air.

Biar mendidih, kemudian baru masukkan gula melaka dan garam. Kalau kurng manis, boleh tambah dgn gula pasir skit.. Bila dah cukup semua rasa, bolehlah dihidangkan bersama tauhu sumbat tadi.


Jemput makan.. (^_^)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...