Khamis, Jun 18, 2015

Puding Mangga SP


Puding Mangga


Since dah masuk bulan puasa, maka kita share resepi lauk-pauk/ kuih-muih dan pencuci mulut kat sini, seperti tahun² sudah (^_^)..


BAHAN²:
5 gram serbuk jelly konnyaku
625 ml air
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat
250 gm puree manga
2-3 titik pewarna kuning
Daun pudina untuk hiasan

CARA²:
Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk konyaku, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau hingga ia mula mendidih. Titiskan sedikit pewarna kuning, kacau rata.

Kecilkan api, then tuangkan puree buah mangga dan kacau dengan whisk hingga rata, kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi. Jika rasa bancuhan puding kurang manis, boleh tambah gula sedikit lg..

Tuang/isikan dalam bekas acuan dan biar sehingga kurang panas/ hingga hilang wap panasnya.. Then bolehlah disimpan dlm peti sejuk hingga puding keras. Masa menghidang, boleh hiaskan dgn daun pudina (^_^)..


// Puree manga -isi mangga + sedikit air masak; dikisar halus.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...