Isnin, Jun 22, 2015

Puding Coklat & Kastard




Uda-chan sgt rajin membuat puding coklat berkastard hari nie. Actually last yr pun dia ada buat, tp x sempat nak dokumentkan. So kali nie, kita simpan resepi kat sini.. sbb rasanya mmg sgt sedap! (^_^)v


PUDING COKLAT BERKASTARD

Bahan utk coklat:
10 g serbuk agar² (plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 tbsp susu pekat
3 tbsp serbuk koko -dibancuhkan dgn sedikit air panas
2 tbsp tepung kastard -dibancuh dgn 2 tbsp air
2 tbsp butter
1 tspn esen vanilla

Cara-cara:
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan utk kastard:
2 1/2 cawan susu segar/susu cair
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat chips/ coklat urai dan sebagainya.


// Bleh juga guna coklat masakan tuk ganti serbuk koko.. ikut bahan apa yg ada dlm gobok (^^,)




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...