Sabtu, Jun 27, 2015

Nasi Ayam Simple


Nasi Ayam Simple (^_^)v


Hari nie masak nasi ayam lah.. sbb mak ngan bah ada nie. Diorang balik Kuantan semalam dgn Fara, balik sekejap dek kerana rindukan Maryam (^^,). Esok mak-bah balik KL semula.

Okey.. jom share resepi..


NASI AYAM SIMPLE
Bahan utk nasi:
4 cawan beras
2 sudu besar butter
1 cm halia -diracik halus
3 ulas bawang putih -diracik halus
2 biji bwang merah -diracik halus
bahan penumis (biji pelaga, cengkih, kayu manis etc.)
Sedikit serbuk kunyit
2 cawan air rebusan ayam
2-3 cawan air (bergantung pd beras)
Garam

Bahan utk sup:
2 ekor ayam dipotong 4
tulang/leher/kaki ayam -optional
2 biji kentang -optional
1 labu bawang putih -diketuk
2 biji bawang besar -diracik halus
2 inci halia -diketuk
2 bungkus sup bunjut
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Garam

Bahan perap ayam:
2 tbsp kicap pekat
2 tbsp sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu madu
1 cm halia -ditumbuk halus

Bahan utk sos:
10 biji lada merah
1 labu bawang putih
1 tbsp cuka
1/4 cwn gula
2 tbsp tepung jagung -dibancuh dgn sedikit air
1-2 cawan air
garam secukup rasa

Bahan utk Salad/ Hiasan:
1 biji timun
Tomato cherry/ tomato
Sedikit daun Salad


Cara penyediaan:
Perlu siapkan sup dahulu, sbb perlukan air rebusan ayam utk masak nasi. Untuk sup, hanya leburkan ayam yg tlh dicuci bersih, bawang putih, bawang besar, halia, dan sup bunjut dlm satu periuk. Biar sampai mendidih. Then tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Sementara tue kita tanak nasi. Basuh beras, toskan air dan ketepikan. Dalam periuk nasi, panaskan butter dan tumis bawang, halia + bahan penumis hingga naik bau. Masukkan beras dan saute-kan kejap before masukkan air, air rebusan ayam, kunyit dan garam. Kacau dan tutup periuk.

//sukatan air, ikut sukatan biasa macam masak nasi setiap hari.


Bila ayam dah masak, keluarkan dr periuk sup dan toskan. Kemudian bolehlah diperap dgn sos perapan (kicap). Perap ayam biar lama² skit, bg dia lebih mesra (^_^). Dan sementara tue, bolehlah siapkan sos lada merah pulak.

Untuk sos lada.. kisarkan lada merah dan bawang putih. Kalau rasa pekat, boleh tambah air skit. Then naikkan atas api, masak hingga mendidih. Masukkan air bancuhan tepung jagung, cuka, garam dan gula secukupnya. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.


Untuk sup, drpd lebihan air rebusan tadi, just tambah tulang/ leher/ kaki ayam jika ada dan kalau suka kentang, boleh masukkan sebiji-dua kentang yg telah dipotong kecil, wedges atau pun kiub. Renehkan hingga semuanya masak dan empuk. Masa hidang, taburkan bawang goreng dan daun sup.

Akhir sekali bolehlah goreng ayam. Goreng ayam dgn api sederhana dan kejap jer.. Bila nampak macam dah garing, angkat, potong, chop²kan ayam tue kecil² dan susun atas hirisan timun, salad dan tomato.

Kuah kicap lebihan perapan jangan dibuang.. itu kita jadikan sos kicap nasi ayam kita jer. Nak panaskan kejap kat atas api pun boleh, nak dihidangkan terus pun boleh.



//Panjang pulak aturan memasaknya (^^")..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...