Sabtu, Januari 03, 2015

Cerita Pasal Semalam




First time dlm sejarah, pegi kerja harung banjir (^_^). Rumah aku, alhamdulillah tak naik air.. cuma jalan dan lorong dalam kawasan perumahan jer ada yg naik air.. Then laluan utama dan alternative untuk ke office pun antara yg terlibat dgn banjir tahun nie..

Kalau last year, laluan utama jer yg ditutup.. tapi kali nie.. laluan dr Tanjung Lumpur pun kami x boleh lalu. Takkan nak pusing ikut Muadzam kot? (^^?). So.. after a week, kata putus telah dibuat.. sila datang ke office naik lori Deftech yer (^^')..


So, pagi smlm kami berkumpul beramai² di Indera Sempurna, around pkl 8.00am.. but then tetiba ramai sangatlah pulak staff DRB dr Kuantan.. Makanya, kami satu group nie pegi office naik D-Max office, Hilux dan Innova..

tengoklah gmbr atas tue.. riang-gumbira sbb dpt pegi office. Lama sgt duduk rumah sampai excited nak ke office.. Bila bos kata nak amik, muka semua happy jer.. Rasa mcm pegi sekolah pun ada.. Haha.. naik van kuning ke skolah (^^')..

Oh!.. nie gambar otw nak ke office:







Macam drive atas sungai.. air tinggi sangat.. kalau bawa keta mau mati enjin tgh jalan nie .. Huhu.. Bila lalu kawasan banjir nie, air percik kiri-kanan dah mcm naik speedboat (^^,)..

Agaknya camnie cikgu-cikgi kawasan pendalaman rasa. Pegi sekolah naik boat.. Tapi kami nie tak semencabar yg diorng rasa.. Kalau tidak, dah bleh claim elaun susah hati dah kami nie (^^,)..

Dari Kuantan nak ke pekan, perlu lalu 7 'Jeram'.. 'Jeram' grade A kat area Ubai.. memang terbaik.. Then ader area tue, jalan siap mendap dan runtuh... That's why dr 20-30 minit, membawa kpd lebih sejam untuk sampai ke office pg semalam..


Itu cerita nak dtg office.. nak balik pun kecoh gak smlm (^^").. Disebabkan paras air makin naik, so hala balik semua sekali kena naik lori.. Tq to Iqbal sbb usaha dptkan lori untuk kami semua..


Bergambar bersama track Deftech..

Masing²: Kak Wati, Pn. Sue, Pn. Sofiza, Pn. Masura, Alia DVI, Alia IDS, Sharon, Diana, Kak Ina, Izal, Fitri, Fizi, Kumar, Azmi, En.Sani, Nana, Yvonne, Laila, Yam, Kak Nim, Dayah, Prof Idris, Dr. Rasool, New_staff_x_tau_nama and me.



4 ulasan:

Alongxp berkata...

Tu dia, baru nak cakap, macam naik bot lak pemandangannya tu, nak g keje macam nak g misi menyelamat la pulak hahahaha

NedLi Sakurai berkata...

(^_^)

amoi berkata...

macam best je haha

NedLi Sakurai berkata...

best!.. Best Giler! Hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...