Ahad, Ogos 17, 2014

Pecal Ala Nenek Esah


Pecal + sos cili merah


Nak panggil Pecal ke Salad yer? (^-^).. sbb kalau pecal ada kacang panjang, kangkung dan tempe. tp nie salad, timun dan tauhu pulak (^_^)..

Mak kata nie lauk special arwah nenek Esah. Nenek Esah suka buat pecal/ salad camnie tapi guna kuah lada, instead of kuah kacang.. dan actually ada taugeh patutnya.. tp taugeh lupa beli (^^')..

Lauk nie, aku suka ratah camtue jer, dprd makan dgn nasi.. Sedap!




Kalau ckp omputih bolehlah diberi nama; Salad with Chili Sauce (^^").. haha.. keylah nie resepinya dan cara membuatnya:

Utk Salad/ Bahan Utama:
3-4 biji telur rebus - dibelah dua
2 biji tauhu - digoreng dan dipotong keping
1/2 biji timun - dipotong serong/panjang
1/2 tomato - dipotong bulat-bulatt
sedikit salad - diracik kasar
taugeh - dibuang ekor dan dicelur

Sos Chili Merah:
1 labu bawang putih
8 biji lada merah (lada hidup)
2 sudu makan gula
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
Garam secukup rasa

Blander bawang putih dan lada merah. Then masak dlm periuk, guna api sederhana. Biar dia masak perlahan-lahan jer.. then bolehlah ditambah garam dan gula serta cuka makan.

Kalau rasa mcm kurng manis, boleh lah ditambah skit lagi gulanya.. Macam tue jugak kalau kurng masam, boleh tambah skit lagi cuka. Ikut rasa memasing (^_^). Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung, untuk memekatkan sos.





// Sos cili nie, jadi kuah lada nasi ayam dan kuah cicah popia pun boleh (^_^)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...