Sunday, July 20, 2014

Sup Tulang Simple




Teringin nak makan sup tulang.. dan mmg sengaja beli tulang nie kelmarin. Tapi beli tak banyak.. dan tersilap beli.. Aku beli tulang semata; sepatutnya belilah daging sekali (^^,).. so mmg hirup kuah jer lah.. (plus mamah tulang (^^')..)




dah tue.. kentang pulak habis (^^").. Yang ada cuma lobak.. so aku lebihkan lobak.. jadiklah. Sekurang-kurangnya ada isi sikit sup nie (^_^)v..


Sebahagian drpd ingredients


Resepi Sup Tulang
1 kg tulang berdaging + isi daging dipotong kiub
6 biji bawang merah –dimayang
5 ulas bawang putih –dimayang
3 cm halia –diketuk
2 kiub ayam
1 bungkus sup bunjut
sedikit lada hitam –ditumbuk kasar
1 batang lobak merah –dipotong kecil
2 biji kentang –dipotong wedges
5-6 biji tomato kecil
3 batang saderi –dipotong kecil
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup + daun bawang –diracik kasar
air secukupnya

Cara-cara: Basuh tulang dan toskan.. Then masukkan dlm periuk, rebus tulang bersama halia, bawang-bawangan, kiub ayam dan sup bunjut. Rebus hingga daging yg ada lembut.

Masukkan lobak, kentang, saderi dan lada hitam. Tambahkan air jika perlu dan biarkan mendidih.. Bila lobak dan kentang dah lembut, seasonkan dgn garam dan gula, taburkan daun sup. Then tutup api dan masukkan tomato.

Hidangkan bersama sambal kicap pasti lebih menyelerakan (^_^)v




// Selamat berbuka semua (^_^)/


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...