Monday, July 14, 2014

My Neighbor-Totoro Bento




Tiga hari before puasa hari tue, aku buat Totoro bento nie.. khas untuk masuk bento contest.. Tapi masih belum cukup menepati syarat kot, so x masuk top ten final-list pun.. aiiihh (^^")..

Utk contest tue, diwajibkan ada nasi; broccoli; tomato; carrot; ayam; telur; kentang dan satu lagi bahan adalah pilihan peserta sendiri.. so aku pilih orange.




Untuk bento nie; aku just masak beras jepun then gaulkan dgn serbuk nori, spy dpt efek kelabu-hijau lumut (warna character utama movie; My Neighbor, Totoro).. 

Then goreng chicken wings, rebus telur puyuh (character lain dlm movie yg sama) dan buat potato salad. Broccoli dan baby carrot aku just kukus dan tomato makan mentah macam tue..




Watak katun Totoro nie aku rasa kiyut.. but the truth is.. aku x pernah lagi tgk movie nie.. haha (^^").. Ermm.. nanti lah try cari dan tgk dengan kakak aneem, Najla dan Widaad.


btw.. nie resepi ringkas tuk potato salad..


Potato Salad

3 biji kentang -dipotong kecil (bite size)
1 biji telur rebus 
1 biji bawang merah
sedikit mayonis
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam (kasar)

Rebus kentang hingga empuk, then angkat dan toskan. Ketepikan kejap. Then hancurkan telur rebus, gaulkan dgn mayonis dan bawang merah yg telah potong kecil atau dadu. Masukkan kentang, gaul rata dan seasonkan dgn garam dan serbuk lada hitam.

Lebih sedap kalau dihidang sejuk.


--------------------//--------------------

Oh!.. Tapi betul kata diorng nie.. rasa sayang nak makan (^^,).. Tapi kalau x makan, kang membazir.. so makan-lah jugak (^^")..


Makan diaa!!




2 comments:

kuizikel said...

awatla comey sgt

NedLi Sakurai said...

hehee.. aku pun x sangka dpt buat camnie (^^")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...