Sabtu, Julai 19, 2014

Lempong Goreng Berlada


yummy..yummy..


Nie favourite aku (^_^).. Lempong Goreng Berlada. Selalu kalau beli lauk nie kat kedai, sesenduk RM3.00 so baik buat sendiri kat rumah.. walaupun sedikit remeh tp berbaloi (^_^)..


Lempong Goreng Berlada
500 gram lempong
5 biji lada merah
3 biji lada kecil (kaler merah)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
asam keping
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Rebus lempong hingga lembut.. Potong kecil-kecil skit supaya cepat masak. Lepas lempong masak, angkat, toskan dan potong keping-keping kecil. Gaulkan lempong dgn serbuk kunyit dan garam. Kemudian gorengkan sekejap.

Jangan goreng terlalu lama sgt, nanti lempong terlebih rangup (aku suka lempong tue lembut di dalam tp rangup diluar (^_^).. so aku akan goreng dgn api besar.

Sesambil tue, boleh ditumbuk bawang dan lada.. Panaskan minyak, dan tumis awas-awas yg tlh ditumbuk tadi hingga naik bau dan sedikit garing, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa dan sedikit air. Then masukkan paru yang telah digoreng tadi.

Gaulkan rata dan biarkan kejap.. kemudian bolehlah diangkat untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.


// Kalau aku dpt lempong goreng berlada nie.. makan pulak dgn sayur kacang buncis goreng.. erm.. cukup dah jadik lauk dgn nasi panas (^-^).


Key! Selamat berbuka (^_^)v





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...