Sabtu, Julai 26, 2014

Dalca Ayam




Hari nie dr pagi bawak ke maghrib aku kat dapur (^^").. Pagi menggulung popia mini.. lepas zohor, siapkan bahan tuk masak berbuka.. Nak buat bubur lambuk dan dalca ayam.. petang, buat kuih pulak dgn Najla (^^,)..

Tapi takpe.. semua org ada nie.. tu yg seronok masak tue.


Dalca Ayam
300g ayam (bhgn leher, kaki dan tulang)
2 biji terung bulat - dipotong kecil
6 urat kacang panjang - dipotong kecil
1 biji lobak merah - dipotong kecil
2 biji kentang - dipotong kecil
1 ikat bendi
1 biji lada merah - dipotong dua
1 biji lada hijau - dipotong dua
2 sudu lada boh
1 paket rempah dalca
1/2 cawan kacang dal (cuci + rebus hingga lembut)
2 kotak santan
1 inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
Bahan penumis asam keping
garam dan gula


Sayur-sayuran..


Cara Membuatnya: Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis bersama² bahan yg telah dikisar, rempah dalca dan cili boh, goreng hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan kejap.

Masukkan santan, asam keping, kacang dal, kentang dan lobak. Bila dah sedikit empuk, masukkan terung, kacang panjang, lada dan bendi. Kacau kuah supaya tak pecah santan.

Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.bila dah masak, matikan api dan hidangkan bersama sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng.




// Selamat berbuka..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...