Khamis, Jun 12, 2014

Kuey Teow Kungfu



Bila dpt makan makanan favourite.. hati pun jadi senang (^_^)v..


Hari nie aku berbuka dgn Kuey Teow Kungfu.. Main campak jer mana ada.. hahaha.. first time buat hidangan nie.. x pernah lagi try before nie..

Tapi kuey Teow tue x berapa menjadi la.. kenapa dia x berapa crunchy erk?


KUEY TEOW KUNGFU
2 biji telur ayam
1 bungkus kuey teow
Sepotong isi ayam - potong kecil
2 ekor sotong saiz sederhana - potong kecil
2 kiub ayam
1 biji bawang besar - racik halus
3 ulas bawang putih - ketuk
4 biji baby corn - potong serong panjang²
1/2 lobak merah - potong bentuk bunga
1 biji lada merah - potong serong
10 biji tomato cherry
Air bancuhan tepung jagung- utk pekatkan kuah
4 cawan air
Garam, gula dan serbuk lada hitam..


Tumis bawang²-an dan masukkan isi ayam yg tlh dipotong kecil².. biarkan kejap sampai isi ayam masak sepenuhnya. Masukkan air dan kiub ayam. Bila kuah dah mula menggelegak.. masukkan sotong dan sayur²an kecuali tomato.

Kacau dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Biar sehingga jadi lebih pekat. seasonkan dgn garam dan gula.. bila kuah dah siap boleh ketepikan.

Untuk kuey teownya pula, bilas kuey teow dgn air panas then bahagikan 1 bungkus kuey teow tue kpd 5-6 bahagian.. Dalam mangkuk lain pukul telur dan tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Setiap portion digoreng berasingan.. mean that, 2 biji telur tue dibahagikan ikut jumlah portion.

Goreng garing-garing (baru best).. bila dah siap, hidangkan dlm pinggan jeluk skit.. then tuang kuah yg kita dah siapkan awal² tadi..


// kalau dpt cili jeruk mmg lagik syok! (^_^)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...