Sunday, May 11, 2014

Simple Creamy Mushroom Soup

Hari Ahad yg mandom giler.. actually aku plan nak gi memanjakan diri kat Spa.. Nak buat eye treatment kononnya.. But then Radie ajak keluar pulaks.. so aku tunggu dia lah nie..

Dr lepas Melodi.. dah lepas habis Nona dah nie.. bila nak kuarnya nieh? huhuu..


mushroom soup + garlic bread


Since semua org lain dah keluar.. tinggal aku sensorang jer kat rumah nie.. makanya aku menggodek peti ais.. jumpa tiga bungkus cendawan.. so.. ber-mushroom soup lah kita hari nie (^_^)v.


CREAMY MUSHROOM SOUP
400g cendawan tiram/ cendawan putih - bersihkan dan potong kecil
4 batang saderi - potong kecil
1 sudu butter +sedikit olive oil
1 biji bawang besar - racik/ potong dadu kecil-kecil
1 ulas bawang putih - racik halus
2 cawan susu penuh cream
1 kiub chicken stock
1 sudu kecil cornstarch - bancuhkan dlm air
1 sudu jus lemon
sedikit mix herbs
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

Cara : Tumis bawang-bawangan dgn butter, tambah sedikit minyak supaya butter x mudah hangus.. Then masukkan saderi dan cendawan.. sauté skit semuanya sampai nampak cam garing skit..

Then tambah susu, chicken kiub.. Kalau ada hand grinder blender, bolehlah diblender cendawan dan saderi tue jadi halus.. kalau takder.. boleh guna blender biasa.. tutupkan api kejap.. tuang dlm blender dan haluskan..

Kemudian masukkan semula dlm periuk, biar sehingga mendidih dgn api sederhana. Bila macam dah boiling camtue masukkan air bancuhan cornstarch.. last sekali blehlah diseasonkan dgn garam, herbs, lada sulah.. dan jus lemon..

Bila dah siap.. bolehlah dimakan bersama garlic bread.. Yang aku buat nie, guna roti keping biasa jer (^^").. aku just racik garlic, gaulkan dgn butter, mixkan skit rosemary then panggang atas kuali. Siap!






Tengah hari makan cengginie..?? Aii.. jadilah daripada takder langsung (^^')..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...