Rabu, April 09, 2014

Viewtiful Vietnam: Da Lat A Day Tour

Hari nie kami plan a day tour around Da Lat. So semua orang sangat genki dan bangun awal. Kami turun untuk breakfast pun awal sbb pkl 8.00am dah nak gerak..


Finalize the tour trip plan..

today's breakfast


Hari nie kami breakfast penuh meja.. Segan nak amik gambar meja yg penuh so amik gambar hujung meja jer (^^").. Dengan roti sandwich, buah²-an, telur sunny up siap bagai.. hehe.. heaven!

Elok lepas breakfast, kereta sewa dan tourist guide yang kami book pun sampai.. So kami pun bergerak ke lokasi yg pertama; Dalat Old Railway Station.





The Old Railway Station
Merupakan stesen keretapi lama yang menghubungkan Da Lat dan Thap Cham. Dibina pada tahun 1932 oleh dua org arkitek Perancis, Moncet dan Reveron; dan mula dibuka kpd umum pd tahun 1938.

Selepas Perang Vietnam, sebahagian besarnya tlh tidak digunakan lagi.. Tapi around tahun 1990-an, sepanjang 7 km trek telah dibuka semula utk membawa pelancong ke bandar berhampiran; Trai Mat.




Tapi kami sampai terlalu awal.. perkhidmatan train masih blum start.. so kami hanya bergambar sahaja di sini.. dan mmg itu daya tarikan sbnrnya.. Mostly org dtg ke railway nie utk buat outdoor photoshot pun. (^_^)v..


Drama Tiga Babak..


Then tgh ambil gambar tetiba datang pelayan Tulip Hotel tersenyum² sambil bawa seorang pakcik. Rupa²nya kami tersalah naik kereta sewa.. (^^")..

Yang bawa kami tadi, teksi rupanya, patut dia macam terpinga-pinga.. (^^,) tapi bukan salah kami pun.. budak kat kaunter tue tadi yang kata ya..




Aii nielah susahnya bila komunikasi kurang berkesan (^^'). Area Da Lat nie, diorng kurang fasih berbahasa Inggeris..

Takpelah.. kami just bayar duit teksi tadi dan sambung ngan pakcik driver kami yg sbnr tue pulak. So next, kami ke istana hinggap..





Bao Dai Summer Palace
Istana yg juga dikenali sbg the Palace III ini dibina antara 1933-1937 semasa pemerintahan dinasti Raja Bao Dai, raja terakhir Vietnam. Asalnya rumah ini dijadikan sbg istana hinggap utk beristirehat semasa musim panas.

But then, selepas tahun 1950, bila Perancis kembali ke Vietnam, istana ini dijadikan sebagai pejabat dan rumah raja. Kalau datang ke sini, boleh lihat sendiri kehidupan keluarga diraja Vietnam.

~Pemerintahan Raja Bao Dai berakhir selepas digulingkan oleh Ho Chi Minh pada tahun 1945.




Untuk masuk kawasan istana, cuma perlu bayar 15,000VND.. Oh! dan bila nak masuk ke dalam istana, perlu pakai sarung kasut seperti ini (^_^)/..

Jom tour dalam istana skit..


Ruang pejabat..

Ruang tamu


Kalau nak rasa pakai pakaian raja-raja vietnam.. diorng ada sediakan.. tp kena sewa.. kami malas nak tunggu turn.. so just ambil gambar jer..


Ramai yg sdg menunggu giliran..


Lama-lama jadi pening nak lawat satu-satu bilik kat istana nie.. ada 25 buah bilik kot.. So kami pun keluar.. lepak taman dan kemudian ke hutan pine yg ala-ala dlm citer twilight..


Taman di luar istana..



Okey next.. ke Crazy House..

Tempat nielah yang Posh duk sebut dari awal. masa dia ckp hari tue, x terimagine langsung camner rumahnya.. Tapi mmg sangat mengagumkan.. dan sesungguhnya, rumah ini memang betul² giler (^^").





Crazy House
Actually asalnya adalah sebuah villa guesthouse, tp hasil kreativiti tuan empunya tempat nie, dia jadikannya sbg salah satu tarikan pelancong di Da Lat.. Tiket masuk 40,000VND (dewasa).

More info, bleh pegi ke website nie: Crazy House




Crazy House nie boleh dibahagikan kpd 2 bahagian.. bahagian atas tanah dan tingkat atas (^^").. Bahagian atas tanah ok jer.. xlah giler sgt.. yg bahagian atas nie..

Huhuu.. seram kot.. sempatlah gigil kaki bila sampai kat bahagian sempit dan terpaksa berselisih dgn org lain. rendah sgt penghadang kiri dan kanan laluan dia tue.. Tapi dah panjat takkan nak stay jer kat situ sampai subuh..

Mana ada org nak tlg bawak turun kalau tak turun sendiri.. (^-^)




Lebih sejam di Crazy House.. tapi itupun masih tak sempat nak explore habis.. Tapi takperlah.. dah panjat dr menara ke bumbung dah kot (^-^)..

So then.. kami pegi naik cable car pulak.. Naik dr stesen pertama untuk ke next stesen yg terletak berhampiran dgn Tasik Tuyen Lam (Ho Tuyen Lam)..



View from top


Inside the Yellow Cable Car..

boleh nampak tasik dr atas nie..


Memanglah gayat.. tapi bila nampak view yg cantik nie, hilang terus rasa gayat (^^,).. Btw.. kami ke tasik sebaik shj sampai di stesen berikutnya.. sbb dah janji ngan tourist guide utk pick up dan pegi lepak jap di tasik..


@Ho Tuyen Lam


Berhampiran tasik ader biara Truc Lam.. Khabar yang kami dengar, senibinanya sangat cantik dan elegant.. terutama hiasan dalamannya.. Siap ada menara loceng yang besar..

Tapi kami penat nak menyinggah.. so kami terus ke Da Tan La Falls.





Da Tan La Falls
Bagi aku air terjun nie cam pelik skit.. sbb selalunya kita akan panjat naik untuk jumpa air terjun.. tp kali nie perlu turun ke bawah.. sbb kita dah mmg sedia berada di atas (^_^)..

Da Tan La Falls ada beberapa stage.. Dr pintu masuk; Stage 1 nak ke stage 2, kami just jalan kaki menuruni laluan dan mata anak tangga yg disediakan..


Berjalan menuruni laluan yg disediakan..

@Stage 2


Kami ber-lunch_picnic kat sinie.. Duduk berjuntai kaki kat batu² besar then buka bekal. Makan sandwich yg sempat ditapau pagi tadi.. dgn air oren (^-^).. sambil menikmati keindahan air terjun yg mengalir deras turun ke bawah..

Bila dah kenyang kami sambung jalan.. lepak kat air terjun pulak..




Utuk ke stage 3, perlu jalan skit dr area stage 2 nie.. then turun ke bawah menggunakan cable car.. Ermm.. rasanya mmg tak ada cara lain kot.. Memang kena naik cable car nie juga.. tiket boleh dibeli kat situe jer..

Then bila dah seberang.. boleh turun ke bawah (stage 3) menggunakan lif kaca.. (^_^) best tak? dlm kawasan air terjun ada cable car dan lif..


inside the cable car 

View dr atas (lif kaca)

Stage 3


Tapi sayang.. tak dapat nak mandi. Sekadar basuh muka jer dgn air gunung yg sejuk nie.. kat bawah nie pun lepak kejap jer.. then kami naik ke atas semula..

Biasanya kalau dah turun ke bawah nie mmg berchentalah kan nak jalan kaki mendaki semula ke atas.. so kami ikut plan Cik Kapten utk naik Alpine Coaster nie (^_^)v..


Alpine Coaster.. Weeeeee


Takyah penatkan diri mendaki.. tak sampai 5 minit dah sampai dah kat atas semula.. Best kan? siap ada coaster tuk pelancong yg malas nak mendaki cam kami nie (^^')..

Hebat idea tarikan pelancong diorng nie dan semestinya, wajib singgah sini kalau datang Da Lat tau! (^-^)b..


Then lepas tue.. asalnya kitorng nak ke old railway stations semula sbb nak rasa naik train ke Trai Mat, before lepak Ho Xuan Huong; tasik buatan yg besar kat tgh² bandar tue.. Tapi tak jadi.. so kami ke Valley of Love jer..





Valley of Love
Since Da Lat juga terkenal sbg City of Love.. so terpaksalah kami pegi ke lembah cinta nie (^_^).. Memula ingatkan tempat nie mcm taman² bunga.. sekali meluaslah pulak tempat nie.. siap ader tasik dan boleh cruise;




Plus ader service train, tram dan jip kalau nak ronda² kawasan nie. Tapi malas nak merayap jejauh.. jalan sekitar dekat² nie jer..

Jom lawat tasik jap..




Kami tak turun ke bawah pun sbb dah penat.. karang jenuh pulak nak mendaki naik ke atas semula (^^").. Lagi pun kami dah penat, tahap xder mood dah nie.. seharian meround Da Lat..




Erm.. masa pun dah hampir ke 5.00pm.. Sian plak pacik driver menunggu. Actually mmg dah masa tuk pulang ke hotel. Tapi bas kami pkl 10.00 malam nanti.. so terpaksalah check in semula satu bilik, dptlah berlega² skit untuk rest, makan dan solat..

Dlm Pkl 9.30pm camtue, shuttle bus dtg pickup.. Oh! Better book tiket utk sleeper bus nie siap², bimbang tiket habis.. dan kita boleh minta tlg pihak hotel book kan..


Sleeper Bus


keylah jumpa di next post.. last check point (^_^).. Ho Chi Ming City..  




14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalam, nk taye.. bape harga tiket flight dr saigon ke da lat tu? bape harga tour 1 hari kt da lat? bape harga sleeping bus dr da lat ke saigon dan nama company nye??

tq

NedLi Sakurai berkata...

Waalaikumusalam..

kami naik flight ke Dalat tue, bkn dr Saigon tp dr Hoi An.. dan harga tiketnyer RM227.00 sehala..

Untuk Sleeper bus ke Saigon tue.. kami byr guna duit Dong; VND220,000.00 dlm RM37.00 duit kita.

Then masa jenjalan keliling Da lat tue.. jap.. x ingat pulak sbb main arrange sendiri dgn hotel.. kitorng sewa 1 van terus..

Unknown berkata...

assalam, sewa van berapa untuk travel area da lat?

NedLi Sakurai berkata...

Saya tak tulis yer kat atas tue.. Alamak, lupa pulak.. nanti sy try tanya kengkawan yg lain.. berapa kitorg byr hari tue

NedLi Sakurai berkata...

Husna..

kawan sy kata.. around RM400++ camtue utk satu van.. van tue bleh muat dlm 6-8 org gak lah rasanya..

saady berkata...

Assalam..sama ada makanan halal tak..? atau you masak sendiri..?

saady berkata...

Assalam..sama ada makanan halal tak..? atau you masak sendiri..?

NedLi Sakurai berkata...

Dalat kalau x silap yg paling susah nak dptkan makanan halal.. mcm xder kot kedai makan halal kat situ.. kecuali roti dan telur utk sarapan tue.. yg lain makan bekal yg kitorng bawak.. Masa jenjalan tue kitorng buat bekal sandwich tuna. Roti beli kat kedai bakeri dan tuna bawak dr mesia. picnic kat waterfall (^_^)..

Zueda berkata...

salam...mvmn nk sewa car n hire driver skali?

NedLi Sakurai berkata...

kami minta tlg org hotel call kan.. masa tue ada iklan pakej- day tour trip dan service sewa kereta (plus driver) kat kaunter hotel tue.. so kami amik yg sewa kereta (plus driver) sbb taktau jalan dan pakej tour dia x semua tempat tue kami suka..

Tanpa Nama berkata...

dik...ada p nha trang x? kalau ada boleh share?

NedLi Sakurai berkata...

Nha Trang kami x sempat singgah.. terus ke Dalat then Ho Chi Minh

dari pohon strawberi berkata...

Dik, duk hotel mane ye

Tanpa Nama berkata...

Saya duduk di hotel tulip..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...