Sunday, September 22, 2013

Kulit Rambai Masak Lemak Cili Api

Pernah makan tak? Nie lauk kampung. Tok yg ajar masak lauk nie.. dan kami start suka makan pun sbb dulu² tok selalu masakkan.. Banyak lagi lauk² kampung yg kengkadang kita x sangka boleh dimakan (^_^).. tp sedap!!..

Tapi la nie.. cam susah nak jumpa buah rambai, kan? Nie pun nasib baik kawan mak bagi seplastik semalam.. so dapatlah buat lauk nie tgh hari tadi.


Kulit rambai+ Daun puding mangkuk..


KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan
semangkuk kulit buah rambai
secekak pucuk puding mangkuk
sedikit ikan bilis
seinci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
garam dan gula


Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.. Then bila dah agak lembut, angkat dan tos. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk skit, supaya nanti gulai kita x terlalu masam.

Blender cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat. Then masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.. renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.

Garam-gulakan dan biar dlm 5 minit.. kalau rasa kurng masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tue dah cukup buat kuah rasa masam.

Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


..Selamat mencuba!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...