Friday, August 02, 2013

Ayam Masak Kurma Express..

Sebelum sampai rumah smlm mak dah call.. "Angah lambat lagi ke nak sampai?.. mak gelap mata nie.. angah masak la yer hari nie.." Aku baru sebut "haa.." mak dah letak phone. Tak sempat nak mtk tlg suruhkan nana keluar ayam/ikan dr peti ais..

Mak mmg cenggitue.. habis jer apa yg dia nak ckp, dia akan terus letak phone, tanpa ckp "bye" ker.. "oklah, bye" ke.. Kengkadang sampai kena blakon.. kengkonon, mak masih on the phone.. then ckp- bubbye² sensorang.. baru aku letak phone (^^")..

Malu seh.. bila tgh² ckp atau baru nak ckp.. tetiba phone dah diletak.. hahaha.. so terpaksalah berlakon, mcm conversation tue ended properly (^^")..


Eh!.. okey..

Kembali kepada masak apa berbuka semalam.. memang dah 2 hari x tolong mak masak berbuka pun.. dan selalunya aku just tolong masak 1 jenis lauk jer. Main dish mak selalu dah siapkan awal.. Tapi smlm kena masak semua lauk la pulak..

Since ada 4 ketul peha ayam, kentang dan serbuk kurma.. so aku masak kurma ayam jer laa. Susu pun ada buat ganti santan.. Then goreng ikan dua ekor + tempe.. dan goreng sayur (kacang panjang dgn daging).. cukuplah lauk kami berbuka semalam..

Agak terkejar-kejar.. sampai umah pkl 5.40, tapi semua lauk siap masak pkl 6.30.. (^_^).. Ekspress tak? tapi.. erm.. masih x leh lawan 15 Minute Meals- Jamie Oliver..(^^,)


Kurma Ayam yg tidak seberapa..


AYAM MASAK KURMA
4 potong peha ayam 
1 biji kentang -potong wedges
1 biji cili hijau -belah dua x putus
2 biji bawang besar -belah 4 x putus
1 cawan susu segar
1 cawan air
1 peket kecil rempah kurma
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumis
1 biji bawang besar – racik halus
2 ulas bawang putih – racik halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bancuh serbuk kurma dgn sedikit air, mcm jadi pes camtu.. Then panaskan periuk, tumiskan bahan tumis hingga naik bau.. then masukkan pes kurma. Tumis lagi biar masak skit rempah tue, then masukkan air..

Kacau² skit, biar rempah kurma larut.. Masukkan ayam dan kentang.. after 7-8 minit camtu, baru masukkan susu, bawang besar, lada hijau, asam keping dan garam-gulakan kuah kurma. Tutup periuk kejap, biar kuah mendidih lama skit..

Bila kentang dah empuk, isi ayam pun dah masak.. bolehlah tutup api dan hidangkan.


//Oh! Bah bawa balik bubur pulut hitam dr surau.. Sedap! (^^,)



2 comments:

kuizikel said...

ha ha ha, bapak aku pon sama, kdg2 baru nak tanya lebih lanjut, dah plup tut tut tut dah letak.. orang tua2 kot.. kita ni tah2 camtu gak nanti ..ahahahahha

rindu masakan ko.. keh keh keh (eh serious ni, gelak pulok)

NedLi Sakurai said...

kenapa aku baru nampak comment ko nie yer? (^^")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...