Friday, July 26, 2013

(Not so) Classic Toad in a Hole


makan dengan mashed potato + peas..


erm.. omputih la sgt kan.. makan toad in a hole. Hehe nie makanan tradisional old English kalau tak silap.. aku amik resepi dr buku resepi collection aku skit.. then resepi dr Kayotic Kitchen skit.. so jadiklah Toad in a Hole versi aku nie (^_^).

Tapi, since aku just guna sosej biasa jer.. so mcm kurang menariklaa.. aku ingat next time, aku nak try guna sosej yg meaty skit..  then maybe nak tambah telur lagi dua biji, bagi fluffy skit batter dia (^^,)..

Oh!.. deng.. actually x lengkap kot menu nie.. hahah sbb selalunya org makan toad in a hole nie bersama onion sauce. Erm... tgk camner nanti.. kalau rajin dan ader org ramai² nak makan, aku try buat lagi sekali nanti + gravy (onion sauce) dia sekali.

so.. sementara nie.. ini jelah yer (^^")..




TOAD IN A HOLE
5-6 small meat sausages
2 tbsp minyak masak/butter
1 cup tepung gandum
1 tsp salt
2 large eggs
1 cup susu

Panaskan oven- 215 ˚C -220˚C.

Satukan tepung dan garam dalam satu mangkuk. Pukul telur dan susu dalam mangkuk lain, then tuangkan dalam mangkuk berisi tepung tadi. Kacau hingga tiada tepung yg berketul.. kalau nak mudah.. blend jer (^^”)..

Untuk dpt best results, rehatkan kejap batter tue dlm setengah jam.. tp kalau nak cepat mcm saya nie.. kita terus jerk ke next step..

Sapu sedikit butter/ minyak pada bekas yg nak digunakan untuk bakar nanti.. Then susun sosej² di dlm bekas pembakar tue.. sebelum dituangkan batter tadi. Biar batter mcm hampir² tenggelamkan sosej tue..

Then straight in put them in the preheated oven. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga batter tue naik/ sedikit mengembang.. dan jgn buka oven selagi ianya tak masak.. kalau tak nanti batter tue jatuh dan jadi flat.

Bila dah masak.. bolehlah dihidangkan bersama mashed potato dan salad.. tp aku just guna kacang pea rebus jer (^_^)..


..slmt mencuba (^__^)v.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...