Monday, July 15, 2013

Gulai Siput Sedut dengan Pucuk Kaduk

Erm.. siput sedut nie tak ramai orang yg suka makan.. tp ini antara lauk favourite family kitorng.. nak-nak aneem ngan najla.. gemar betul makan siput sedut..

Nak masaknya agak mudah.. tp nak cuci dan siang tue agak cerewet skit. Ada banyak petua nak hilangkan lumpur pada cengkerang siput.. antaranya, lepas lalukan dgn air, ramas-ramaskan dengan hampas kelapa.. tp aku biasa buat basuh dengan air then cuci guna berus dawai (^_^)..

Lepas cuci.. perlu potong ekor siput.. supaya nanti senang nak sedut masa makan.. then bilas dgn air sekali lagi.. biar takder serpihan cengkerang pada siput.

ok jom share resepi..


Siput Sedut Masak lemak Cili Api..


GULAI SIPUT SEDUT Dgn PUCUK KADUK
  • 600gm siput sedut
  • 1 kotak santan
  • cili api 5-6 biji (boleh tambah lg jika suka)
  • ½ inci kunyit hidup
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun kunyit - siat/racik kasar
  • 2 cekak pucuk daun kaduk - racik kasar
  • Asam keping
  • garam dan gula secukup rasa

Blander kunyit hidup dan cili api dengan sedikit air. Masukkan siput yg telah dicuci bersih dan dibuang hujungnya ke dlm periuk, tuangkan santan dan bahan-bahan yg telah di-blander tadi.

Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak. Sentiasa kacau perlahan-lahan.Then masukkan asam keping dan garam-gula secukupnya.. Masak lagi dalam 2 minit kemudian masukkan daun kunyit dan daun kaduk.

Biarkan sekejap sehingga daun kunyit dan daun kaduk lembut. Tutup api dan sedia utk dihidang..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...