Sabtu, Julai 27, 2013

Easy Shepherd's Pie


Ada orang dah curi makan (^^")..


Hari nie.. kita buat Spepherd's Pie.. atau ada juga yg panggil cottage pie sbb ada leftover mashed potato smlm.. so .. erm.. ntah² org UK dulu, dpt idea buat makanan nie sbb ada lebihan mash potato kat dapur.. (^_^).. kot..

oh!.. main ingredients dia simple jer, mashed potato dan daging cincang. Tapi aku memandai² guna tomato sauce homemade aku tue utk masak daging cincang. Kalau ikut mat gebu.. ini dah dikira derhaka.. sbb x ikut resepi traditional (^^')..




erm.. oleh kerana belum ada resepi mashed potato lagi, so kita share camner nak buat mashed potato dulu..


SIMPLE MASHED POTATO
5-6 biji kentang sederhana besar (dlm 600gm)
1 cup susu segar
2 tbsp butter
1 biji besar bawang bombay - potong dadu
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
garam dan pepper secukupnya
1 teaspoon rosemary herbs

kupas dan potong kecil kentang supaya cepat empuk bila direbus. Then bila kentang dah masak.. lecek-lecekkan.. Dalam periuk yg lain, tumis bawang-bawangan dgn butter, bila dah wangi, masukkan susu dan rosemary.

Then.. bila dah sedikit masak susu tue.. masukkankan kentang yg telah dilecek.. Gaul rata, then seasonkan dgn salt and pepper.




okey.. untuk sherpherd's pie versi aku pula.. (untuk 3-4 orang makan).


SHERPHERD'S PIE (Nedli Style (^_^)..)
300gm daging cincang
1 cawan mix vege
2 cawan homemade tomato sauce
2 ulas bawang putih
3 cawan mashed potato

Preheat over-  200°C selama 5-10 minit

Tumis daging dengan bawang.. then masukkan mix vege.. Seterusnya masukkan tomato sauce (actually nie sauce untuk spaghetti (^^,).. ).. Kacau dan biar hingga masak. kalau kurang garam atau gula.. boleh tambah accordingly.

Kalau ikut selera sendiri, aku prefer daging tue berkuah/ bersos skit.. so jgn masak sampai keringlah daging tue yer.. Bila dah masak, bolehlah dialihkan ke dalam mangkuk/ bekas pembakar. 

Ratakan daging dan tekan² skit supaya mampat. Bila dah rata, letakkan mashed potato ke atasnya.. dan ratakan. kalau nak mashed potato tue mcm crunchy² skit bila di bakar.. taburkan bread crumbs.

bila dah siap, boleh bakar terus dlm oven.. selama 20 minit.


//Selalunya..pie nie kita boleh siapkan awal².. bila dah nak makan, baru bakar. Dapatlah makan panas² nanti..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...