Wednesday, July 10, 2013

Daging Masak Asam Pedas Melaka Style..

Salam Ramadhan!..

Hari pertama puasa.. Yeay!.. Korg berbuka apa tadi? erm.. kalau time kecik² dulu.. menu berbuka nak yg best²..  mak mmg layankan jer kitorng buat request setiap hari.. nak galakkan anak² berpuasa katanya..

Kalau hari nie menu pilihan abgwan.. esok pilihan aku laks.. then lusa uda.. sampailah ke nana. then balik semula ke abgwan (^_^).. yg tensen bah sbb bah nak nasi time berbuka.. yg kitorng mintak selalunya bukan nasi (^^')..

Oh!.. hari nie kami berbuka lauk Daging Masak Asam Pedas Melaka style.. haha suka-suki jer aku nie.. (^^,).. Alah, x kira.. oleh krn mak yg ajar masak lauk nie, dan mak org Melaka.. so I want to state that, this is Asam Pedas Melaka Style (^^")..





DAGING MASAK ASAM PEDAS
  • 500g daging lembu -dipotong kecil 
  • 3 biji kentang -dikupas kulit dan potong 6 ala wedges
  • 2 biji bawang merah -ditumbuk halus
  • 5 ulas bawang putih -ditumbuk halus
  • 5 sudu makan lada boh 
  • seinchi halia -diketuk
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai -dititik
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air

Tumis bawang dgn lada boh sampai masak lada (naik minyaknya).. tumiskan sekali bersama serai dan halia. Then masukkan daging, biar daging ditumis bersama bawang, lada dan lenlain tadi sekejap.. masukkan air dan air asam jawa..

Bila daging dah nak empuk, masukkan kentang dan tutup kejap periuk, biar kentang masak. Then seasonkan dgn garam dan gula. oh!.. jgn lupa daun limau.. siat-siatkan then just campak dlm periuk.. (^_^)v.. Biar reneh kejap gulai kita tue..

Then bila rasa semua dah cukup, bolehlah dihidangkan. Erm.. selalunya, kalau lauk gulai daging asam pedas nie.. sedap sgt kalau di-combi-kan dgn ikan goreng garing + ulam timun + kicap lemak manis (^_^)v.



//Terima kasih bos.. sbb bagi kitorng balik awal sempena bulan posa nie.. sempatlah masak-masak skit kat rumah ('_^ )/..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...