Ahad, Julai 28, 2013

Ayam Masak Kicap..

Tetiba tadi rasa mcm nak berbuka dengan lauk ayam masak kicap.. kebetulan mmg ada beli peha ayam kelmarin.. sbb cadang nak buat gulai ayam nanti.. tapi tak apelah, tekak dah terasa.. so terus buat ayam masak kicap.. (^_^)..


Ayam masak kicap x berkuah..


dah x nampak ayamnya.. sbb bumbu dia banyak sagt (^^")..


AYAM MASAK KICAP

4 ketul peha ayam
2 biji bawang merah -dikisar halus
2 ulas bawang putih -dikisar halus
1/2 inci halia -dikisar halus
1 biji bawang bombay -potong bulat²
4 biji lada kecil -dibelah dua
1/2 cawan kicap manis
2 sudu kicap pekat
sedikit sos cili
1 biji kentang dipotong wadges
1 biji tomato dipotong 6
1/2 biji lada merah dan 1/2 lada hijau -untuk hiasan

Garam-kunyitkan ayam. Gorengkan hingga masak dan garing. Then angkat, dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggalkan sikit untuk tumis bahan² yg telah dikisar bersama bawang bombay dan lada kecil..

Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili.. kacau rata.. Masukkan kentang dan tambahkan sedikit air supaya kentang cepat empuk. Jangan terlebih air.. nanti jadi berkuah sangat pulak.

Then.. bila kentang dah empuk, masukkan ayam goreng ke dlm kuali.  balik²kan ayam supaya kuah kicap mesra dgn ayam... dalam 2-3 minit, masukkan tomato dan lada merah+hijau yg telah dipotong mayang.

Then angkat. Sedia untuk dihidang..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...