Tuesday, May 07, 2013

Panda Tuna Curry Puff




Dah minum petang? (^_^).. kitorng dah.. coffee dan curry puff.. Since masih excited dgn Sandwich Mould yg uda dan fara belikan nie.. aku ngan nana try buat tuna curry puff bentuk panda nie tadi...




Memula nak goreng.. tp mcm nanti terlalu berminyak.. mak x boleh nak makan.. so last-last bakar jer dalam oven.. senang.. 12 biji curry puff boleh masak dlm 15 minit sekaligus..


Ermm.. ( ^_')
.. nampak tak betapa bosannya aku hari nie.. pagi masak quiche, petang buat puff plaks.. haha.. boring betul di hari cuti umum nie..

Nak kata kurng kerja.. banyak jer slide notes nak kena study.. then lecture notes tuk next semester pun x start buat lagi.. tp xder mood lah.. hahahaa.. tunggu "panic-attack" mood kot (^^")..


Oh!... last pics... (^^,)..




TUNA CURRY PUFF

1 tin tuna - keringkan/ tos minyaknya
2 biji kentang - potong dadu
4 biji bawang merah - racik halus
2 ulas bawang putih - racik halus
1 paket kecil serbuk kari - bancuh dgn air
asam keping
sedikit garam dan gula
sedikit air

500gm tepung gandum
2-3 sudu mentega/minyak masak
1 1/2 cawan air (larutkan sedikit garam)


Cara-cara:
Masak inti dulu.. tumiskan bawang dan bancuhan serbuk kari hingga naik bau.. then masukkan air dan kentang.. biar sekejap.. kacau-kacau supaya x hangus bawah.. then masukkan asam keping, garam dan gula..

Bila kentang dah empuk, masukkan isi tuna.. gaul rata.. kalau nak pedas.. bleh ketuk lada kecik, masukkan dlm kuali.. dan kacau hingga masak. Kalau dah cukup rasa semua, bleh angkat dan ketepikan..

Then gaulkan tepung dengan mentega.. gaul/uli sehingga seperti serbuk roti.. then masukkan air sikit demi sedikit.. Uli lagi sampai semua bahan rata dan jadi doh..

Ambil sedikit adunan dan canai nipis-nipis.. Guna acuan untuk membentuk doh.. Letak inti ditengah-tengah doh dan tekap spy keliling puff dikelim rapi..

Bila dah siap semuanya, susun dlm tray dan bakar dlm 200˚C-220˚C selama 10-15 minit (atau sehingga kekuningan).. Bila dah siap, bleh dihidang terus untuk minum petang..





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...