Tuesday, May 07, 2013

Mushroom Quiche (..with no crust)




Hari nie Hari Hol Pahang.. so kami semua cuti.. boleh relek² kat rumah.. tp kalau relek² jer then x buat apa².. boring jugak dak? (^_^)..

Since sbb boring.. dan nak habiskan cream cheese yg ada dlm peti ais nie.. makanya, moh kita buah mushroom quiche.. Kalau ckp ngan tok nak masak quiche nie, mesti dier tanya balik apa benda quiche nie? (^^')..

Ok.. Quiche ialah sejenis hidangan kastard telur bersifat savoury (tidak manis).. selalu disajikan di awal hidangan sblm main course dihidangkan.. Filling dia boleh letak cheese, sayuran, daging atau seafood.. ikut selera..

dan kali nie.. utk pertama kalinya nak cuba buat quiche, kita letak cheese dan mushroom (^^,)..




No Crust Mushroom Quiche
1 cup Mushrooms, potong kecil
1 1/2 tsp serbuk bawang putih
1 cup daun bayam
4 Eggs
1 cup susu segar
1/4 cup cream Cheese
sedikit Parmesan and Mozzarella cheese - utk tabur kat atas jika suka


Panaskan oven 200°C.

Bersihkan mushroom dan potong kecil (bite size pun ok).. Tumiskan sekejap atas non-stick pan; mushroom dgn bawang putih, season with salt and pepper skit..kecilkan api dan biar sekejap sehingga cendawan tadi sedikit garing (around 5 minutes).

Bersihkan bayam dan rebuskan kejap.. then angkat dan tos.. perah bayam untuk keringkan lebihan air rebusnya..

Sediakan mangkuk/tray..  then sapukan butter supaya x melekat nanti. Taburkan (taburkan? heheh..) spread the mushroom and bayam tadi ke dlm mangkuk/tray yg telah disapu dgn butter. Then taburkan creame cheese (yg telah dihancurkan/ dipotong kecil)..

Dlm mangkuk asing, pukul telur sehingga kembang, masukkan susu, parmesan.. Sprinkle salt and pepper skit.. Pukul lagi hingga sebati.. Then tuangkan ke dlm tray berisi mushroom, bayam dan cheese tadi.

Tabur Mozarella cheese over the top then masukkan ke dlm oven.. bakar sehingga golden brown dan masak di tengahnya.. dlm 20-30 minit, bergantung kepada oven masing².


Bila dah masak.. sejukkan atas para.. then after 5-10 minutes, bolehlah dihidangkan..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...