Jumaat, Mac 29, 2013

Swedish Meatballs with Mushroom Sauce..




Lama dah masak meatballs ala-ala IKEA nie.. tp la nie baru sempat nak upload.. (^_^).. kita simpan resepi nie kat sinie.. nanti mudah skit kalau nak buat semula..

Meatballs
500g daging cincang
1 biji bawang kuning (sederhana)- dipotong halus
1/3 cup susu segar
2 keping roti
1 biji telur (dipukul)
sedikit garam dan gula
lada hitam/lada sulah secukupnya
sedikit butter

Tumis bawang dengan butter, biar sampai layu, then angkat dan ketepikan, biar sehingga sejuk. Then rendam roti dlm susu. Biar dalam 10-15 minit.. Kisar roti dalam food processor.

Tuangkan roti yg telah dikisar dlm mangkuk besar.. Masukkan juga bawang yg telah digoreng dgn butter tadi; gula-garam; telur dan bahan-bahan selebihnya ke dalam mangkuk yg sama. Campurkan kesemuanya dan gaul rata.

Using ur clean hands, mixkan then kepal-kepalkan anggaran sesudu untuk setiap meatballs. Maybe bleh dpt dlm 20-25 biji meatballs.

Then panaskan butter dlm kuali dgn api sederhana, tambah sedikit minyak masak spy butter x hangus.. Goreng daging hingga kekuningan, then terbalikkan. Jangan balik-balikkan terlalu kerap.. nanti meatball pecah..

Bila semua dah masak, angkat dan tos.. simpan bekas minyak/butter yg dibuat goreng daging tadi untuk masak saucenya plaks.. Jika butter masih elok/ tidak hangus


Mushroom Sauce
2 tbspn flour
2 cup stok daging
1/2 -3/4 cup sour cream
sedikit garam
butter-bekas goreng daging tadi
1/2 tin mushroom butang- dipotong kecil

Panaskan butter semula dan saute tepung. kacau sehingga tepung tidak berketul.. masukkan stock daging.. masak sehingga sedikit pekat dan kuah jadi perang ala-ala coffee with cream (^_^). Bila dah mendidih.. kecilkan api dan masukkan meatballs. Biar meatball betul-betul masak dalam sauce nie (10 minit at least)..

Then keluarkan daging dan ketepikan.. Masukkan mushroom.. biar dlm 5 minit sebelum masukkan sour cream dan kacau hingga kuah makin pekat.. Then tutup api.


Since this is a Swedish Meatballs punya hidangan.. adalah lebih sedap kalau dihidang bersama jem strawberry/ raspberry.. (they call it jelly (^-^)..).. Aku pun suka makan kalau ada jelly nie.. so nanti dier akan mix-kan rasa masam, manis dan masin



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...