Saturday, April 09, 2011

De Lepat La Banana


Ngeh-ngeh.. saja nak bagi nama cam gempak2 skit.. hehe (^^,) padahal buat lepat pisang jer.. (^^' )

Kebetulan ader pisang masak, dan lebih kelapa putih dlm fridge.. makanya tetiba teringin nak makan lepat pisang.. since daun pisang mak pun banyak kat pokok belakang rumah, dptlah disiapkan kuih lepat pisang untuk dibuat minum petang.


lepat yg enak.. (^_^)


Bahan-bahan:

5 biji pisang ranum - dilenyek
2/3 cawan tepung gandum
sesudu tepung jagung
2 sudu besar gula
sedikit kelapa parut
secubit garam
daun pisang secukupnye

Cara memasak
Panaskan periuk pengukus Ikea anda.. kalo xder periuk pengukus Ikea, periuk kukus memana pun bleh pakai (^^,).. saja jer nak ckp sbb saya ada periuk pengukus ikea yg comel (^^' ).

Satukan pisang yang tlh dilenyek dengan tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam. Kacau sebati.. ala2 mcm nak buat adunan jemput pisang. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.. dan jgn terlebih tepung, nanti keras.



Lepat yg sudah dikukus


Dalam bekas berasingan gaulkan kelapa parut dengan secubit garam. Then layurkan daun pisang, potong 4 segi panjang. letakkan 1 atau 2 sudu adunan di atas daun pisang, then letakkan sesudu kecil kelapa parut tadi di bhgn atas sebelum dilipat kemas.

Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dan menjamu selera.. (^_^)/



4 comments:

kuizikel said...

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

NedLi Sakurai said...

kalo umah dekat2 mau jer aku hantarkan ke rumah.. tp apa kan daya.. nun di hujung mesia ko duduk ( ^-').

amoi said...

fuh sedapnyeee...feveret ni..huhu...

NedLi Sakurai said...

favourite ko jugak yer? hehe.. meh dtg umah meh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...