Wednesday, July 21, 2010

Day 11: Rome.. the Rise & Fall of an Empire...

Cheh.. sikit nyer gempak tajuk post kali nie; segempak cerita ditinggal keretapi tak? Haha.. ha.. ha.. eheh (^^i).. Ok.. ok.. kisah yg sedih jgn dikenang² kelak akan merana badan.. moh kiter sambung kisah ceria-warna seindah suria di bumi Rome plaks...


kebahagiaan dalam selepas perpisahan.. hehe (^^,)


17 June 2010 [Thursday]

Selepas breakfast+ early lunch di McD tadi... we all terus menuju ke Chapuk Mundi Hotel dan check in pd pkl 12.30pm. After a little rest and Zohor.. we all gerak untuk memulakan activity menikmati keindahan bandar Roma-Italia..



Alhamdulillah, adindaku yg bijak, Uda-chan the organizer and a very well holiday planner (saja bodek lebih; nanti senang nak minta tlg plan lain kali (^^i)) telah mem-booking Rome Open-Tour, ala-ala Hop in-Hop off around Rome camtue.. So xler lenguh kaki ne~.. lagi pun Rome besau.. bleh patah kaki nak jelajah semua tempat dlm masa sehari (^^i)...




----------------------------------

HISTORICAL PLACE 1: Santa Maria




Actually yg difocuskan dek tourism Rom di sini ialah Gereja yg diberi nama Santa Maria. Sejarahnya, gereja ini dinamakan dan didedikasikan kpd Maria kerana (1) Pengasasnyer tiada anak; (2) Rasa hormat terhadap Maria (dikenali sbg Virgin Mary dlm masyarakat Katolik).. Tapi kitorng lebih kpd melihat kawasan sekitar dan membeli souvenirs (^^i)





----------------------------------

HISTORICAL PLACE 2: Quirinale




Quirinale atau juga dikenali sbg Quirinal Palace (Italian: the Palazzo del Quirinale) terletak di atas bukit dan agak penat untuk menapak (^^,). Sekarang, ianya dijadikan sbg kediaman rasmi utk president Itali.

Letak duduk bangunan bersejarah nie ialah di atas Bukit Quirinal, bukit tertinggi antara 7 bukit di Rom dan merupakan salah satu istana penting di Rom, dr sudut sejarahnyer, political dan nilai artistika. Tapi.. kami agak penat untuk mendaki bukit²an tersebut; so kami bersetuju utk ke destinasi seterusnya after ambil gambar berlatar belakangkan bukan-Quirinale (^^i)



Istana Quirinal



----------------------------------

HISTORICAL PLACE 3: Colluseum

Pertama skali kami x berjumpa ngan Russell Crowe di sini yer.. harap maklum (walaupun saya sgt ingin berjumper dgn beliau)...

Keduanya; saya x bumped into my Sho-kun pun kat sini (walaupun sy tau sho-kun saya yg sgt sukakan historical buildings/monuments tidak ke sini ketika ini; krn dia sgt sibuk dgn arashi rehearsal concert 2010.. (T_T).. ~yer sy sgt mengharap kami akan berjumpa di sini.. (T_T).. sekian)





Seperti yg semua org tau, Colluseum nie tinggalan sejarah agung dan merupakan sebuah tempat pertunjukan yang besar (amfiteater atau nama asalnyer: Flavian Amphitheatre). Juga merupakan salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia Pertengahan. Didirikan oleh Raja Vespasian dan diteruskan oleh anaknya Titus. Seni bina Colluseum merupakan satu karya hebat dan terkenal seantero dunia ~ (^^I).. giler laa bahasa melayu aku..

Tujuan asal pembinaan adalah utk menampung bilangan penonton yg ramai bagi pertunjukan yang spektakuler; (1) pertarungan antara haiwan; (2) pertarungan antara org tahanan dan haiwan; (3) pertarungan antara gladiator; dan lain-lain lagi.. tp skrg nie tataula, kot² ader org nak buat majlis kawen ke apa ke kan kat sinie.. elok jer seat keliling, pelamin kat tgh2 (^^i)




Since namanyer colluseum yg sgt sinonim ngan Gladiators, maka blehlah dtg ke sini untuk melihat manusia² Itali berpakaian gladiator. Tapi sila alert! Kalau nak bergambar dgn mereka, mereka akan paw kita habis²an..

Memula x di-info pun berapa bayaran; dan ader yg ingat ianya percuma, cam tarikan pelancong/ promosi dr tourism Rom.. Lepas amik gambar baru diorng mintak duit sambil memegang pedang gladiator di tgn kanan... hoho.. psyco tak? (^-^) Haha xder.. xder.. yg pegang pedang tue saja ditambah.. tpnyer mmg diorng akan paw kita cukup².. sila berhati² yer






----------------------------------

HISTORICAL PLACE 4: Circo Massimo


Atas bas, menuju ke Circo Massimo

Circo Massimo (Circus Maximus) merupa gelanggang racing kuda, tempat race horse carriage (chariot) yg terkenal di zaman Julius Caesar tue.. sbb tue kawasan dier sgt luas.. dan deretan kedai/Bangunan di belakang tue adalah saki baki yg tinggal sejak kewujudannyer zaman-berzaman..





----------------------------------

HISTORICAL PLACE 5: Vatican City


Atas bas, OTW ke Vatican City

kitorng sampai dlm pkl 6 lebih.. tp mcm bercuriga jer nak masuk (^^ii).. bimbang laa.. so sekadar bergambar di pinggiran jer (^_^). Tapi inilah lokasi Tom Hans berlakon citer De Vinci Code kan? kan? (^_^)v.. wohoo.. sampai jua akhirnya.. (^^,)



Vatican City nie adalah negara terkecil di dunia, dikelilingi oleh bandar Rom (negara dlm bandar) dan pentadbirannya diketuai oleh Bishop (ketua Pope). Dikatakan di dlm kota ini terdapat sebuat arkib lama dan level udara di dalamnya adalah sgt rendah..

Sengaja dibuat sebegitu spy org x duduk lama dlm arkib untuk mencari bahan² penting.. (infomasi itu sgt penting!).. dan x mustahil banyak peninggalan, buku-buku lama dan khazanah² dunia di simpan di dlm nie.. ermm (‘_^ )


----------------------------------

HISTORICAL PLACE 6: Castle in the city



Istana nie adalah makam atau tugu tanda Hadrian (Publius Aelius Hadrianus), one of Roman Emperor yg terkenal krn membina Hadrian’s Wall. Monument ini juga dikenali sbg Castel Sant'Angelo dan merupakan one of mercu tanda di Rom. Kemudiannyer castle ini digunakan sbg museum


Oh!... ( ^.')

Kebetulan berhampiran dgn castle nie, ader Eclipe movie promotion kalo x silap.. dan 2 org drpd pelakon movie siri the Twilight Saga nie turun hadir untuk memeriahkan majlis dgn sesi bergambar bersama peminat.



Tapi ader org tue x minat artis Hollywood.. dier minat ochan jer.. so dier lepak laa atas bukit nie sementara kami yg excited + terkejut pegi mengambil gambar di lokasi promosi berkenaan


Eclipe Cast @Rome: Bella & Jacob jer..



Note: Nana, diorg x turun dr kereta kat area kita berdiri tue laa.. diorg keluar dr lorong dlm tue.. so jgn laa ralat sgt yer.. comfirm tak dpt nak bau perfume/peluh si Jacob tue.. hehehe... apa2 pun sowiee.. Gome ne~ Dung!-Dung! (^_^)v




----------------------------------

HISTORICAL PLACE 7: Fontana di Travi



Selepas berpuas hati kerana dpt bertentang mata dgn En. Serigala-Jadian-yg-Kachak dan Cik Cantik yg Gedix (giler jeles ngan Bella (^^!)..) kami ke destinasi yg berikutnya: Travi De Fontana.. Eh! Travi di Fountain? Eh.. aper² laa..

Sumber air melambangkan kesuburan di bumi Rom nie.. so mmg sgt banyak pancuran air di merata² tempat, area Plaza Navona je ader 3 fountain besar di sepanjang Jalan.. dan yg paling terkenal adalah Travi nie..



Actually ramai yg lemparkan duit dlm kolam dan air pancuran nie.. konon² nak dptkan hajat yg termakbul. Selalunyer wish yg dibuat adalah untuk kembali ke Rom.. dan tempat nie semmgnya sgt popular.. tgk jer la manusia yg melepak kat sinie.. mcm xder ruang dah nak masuk menyelit (^^i)..





Selesai sudah menjamu mata di sini.. pelbagai gelagat manusia ada.. yg bawak anak, galas di bahu; yg bawak awek, peluk di pinggang; yg bawak 'teman gembira' (gay), saling berpaut2 lengan (^^ii)... aii.. mcm-mcm laa manusia nie kan..




Tapi sbnrnyer masih blum puas nak berjalan, tp memandangkan hari dah 8.15pm.. dah perkhidmatan Rome Open Tour nie sampai pkl 10.00 mlm jer.. so kami decided buat 1 round tour dgn bas jer.. Lepak dan menikmati keindahan malam di Rome dr atas bas..






Huhu.. mmg sgt cantik pemandangan dr atas bas, dgn angin menyapu² muka.. ho.. ho.. ho.. (^.^)


Oh! ( ^_')

sebenanryer we all nak gi makan the best pizza in Itali nie.. tp niat suci kami tak kesampaian sbb kedai yg terletak di Piazza del Teatro tue semuanyer dah tutup pintu.. huhuh (T_T)..




Rome di waktu malam..


..dan bila sampai jer di Termini semula, jam dah menunjukkan pkl 10.05pm.. masa untuk mencarik makan malam.. sbb perut sudah berbunyi.. ~Onakaga suite imasuka? huhuhu.. Onaka ga suita desu!.. tp tue laa. mana nak carik food memalam niekan?

sedang kami menonong menuju ke bilik hotel tetiba ader sekumpulan lelaki menegur.. "Org Mesia?".. dgr diorng sebut Mesia pun dah tau mereka² nie org kita (^^!).. berrentilah kejap kami di simpang jalan tue bersoal-jawap berbual-bual ringkas dgn org kita di bumi asing..

tp jadik agak klaka bile diorng x percaya kitorg nie adik-beradik.. x sama muka kata diorng.. hahahah.. nampak sgt rabun diorng nie.. kitorng sikit punya se-acuan muka, dgn semuanya pakai spek dan bertahi lalat dihidung sorang satu.. mana ntah yg x sama nyer ntah (^^i)..

oh! btw.. abg bersweater kelabu tue ensem.. (^^,).. sukist (^^!)


oh!.. dan terima kasih sbb beritau ader kedai mamak kat blkg simpang tue yer.. dpt gak kami makan malam... heheh tak sangka kan.. jalan jejauh sampai ke Rom.. Briani Mamak jugak yg kami makan..


.. huuu sy lapa pizza (T_T)




----------------------------------


Briani sudah di tangan, air mineral pun masih ada sebotol dlm beg.. cukuplah untuk kami mengenyangkan perut ni.. maka sambil menyanyi² kecil lagu 98°-Gimme one more nite, una noche.. kami pun terus balik menuju ke bilik hotel.. esok sudah mahu pulang ke Aberdeen..

Erm.. rindulah saya pada karya² dan hasil seni di tanah Rom ini.. pada pacik² yg muncit² lagi shekshi² berpakaian gladiator... pada bau²an herbs pizzas & spaghetti.. bau²an chocolate & coffee dr bakery stores.. dan pada abg bersweater kelabu tadi.. Eh! (^^i)... tehee..




//Ada gambar yg boleh dibesarkan, sila klik pd gambar² tsbt. Jgn malu².. sila.. silalah.. sila.. (^_^)/




4 comments:

huD said...

sugoii.. cmne ko bleh ingat lg ni ngah? ahahhahaha tp abg sweater kelabu tu mmg best pun :)).. tp soal siasat cam pakpolis pun ade. takut aku, maybe risau kut anak2 dare kuar mlm2 bute tempat2 agak gelap tu ne?
tp ko tak masukkan pengalaman kite masuk TV kat rome :P ahahahhaha ade gadis bunge yg bute tu? sebbaik tak kene marah ngan aku sbb jalan slow-mo sngt ahahahaha

NedLi Sakurai said...

hahah.. yg tue akak tak ingat laa.. kat rom erk? bkn firenza? lagik pun yg masuk tv.. awak ngan nana kan? akak kat belakang x sempat lg nak enterframe director dier sebut cut!!.. hahahah maybe sbb muker asia ter-masuk dlm scene kot.. nampak fake movie dier (^o^)..

btw.. mana laa abg sweater kelabu tue x risau.. dah pkl 10 lebih kan?? duk merayau2 lagik.. dah la bila tanyer dah biasa ke dtg sinie kita jawap xlah, first time.. hahahah giler psyco ne~.. first time dtg rom.. rayau2 sampai memalam... (^^i). tpnyer dia tatau kita bukan rayau ngan kaki.. naik open bas tour tue.. sampai termini terus balik bilik.. tue yg jalan laju cam keretapi x nampak org... kalo diorg x tegur, kompem x perasan dan x break pun.. hahaha

amoi said...

rugi la gi itali tak mkn pizza, spaghetti..kena repeat ni..haha..

NedLi Sakurai said...

tue laa moi.. iskh rugi.. rugi.. terpaksalah pegi lagi sekali (^^i)..jom gi venice, naik gondola laks.. (^^!!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...