Monday, August 10, 2009

Sushi untuk Sho


Bahan-bahan untuk buat sushi


Hari tue dah try dah buat sushi ngan farah and nana.. tp diorng kata x berapa sedap (^^i), so kali nie aku try buat ngan ona, kena blajar bebetul ngan ona..

Pepagi bangun terus masak nasi.. guna beras yg ada gambar sumo tgh nganga mulut tue (^^,).. tp mcm terlebih air laks.. hahah.. cam lembik skit nasi sushi aku kali nie.. tp takpe, apa yg penting? kerjaaa-sama..


SUSHI

Bahan-Bahan:
2 cawan beras sumo (khas utk sushi)
4 cawan air
5 sudu besar cuka beras
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


Nasi Jepun


Cara:
Basuh beras dan masak dengan sukatan air 1 cawan beras = 1¼ cawan air. Campurkan cuka, garam dan gula di dalam periuk kecil. Panaskan (low heat) dan gaulkan sehingga larut. Alihkan dari api dan paksa sejuk dengan meletakkan periuk di dalam campuran air dan ice.

Nasi yang masih panas diletakkan di bahagikan rata di atas dulang plastik/wooden choopingboard dan digaulkan dengan sebatian cuka sehingga rata keseluruhan dengan menggunakan senduk kayu. Pada masa yg sama, gunakan kipas untuk menyejukkan nasi.


Bahan-Bahan Tambahan/Inti:
1 tin tuna mayo
5 btg crab sticks
1 biji timun
2 biji telur
Sedikit mayonis/thousand Islands

Cara:
Rebus Crab sticks then potong 4 memanjang atau hancurkan bersama mayonis spy nanti senang nak spread atas nasi. Pukul telur dgn garfu, dan goreng seperti telur dadar, tp ditebalkan sedikit dan potong memanjang. Bersihkan timun, buangkan biji, dan potong memanjang.


Langkah-langkah menggulung sushi:
Ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut. Ratakan nipis-nipis. Kalau guna tangan, basahkan skit tangan dengan air supaya nasi tidak melekat pada jari..


Ratakan nasi atas seaweed..


Then.. boleh letakkan crab-stick, telur dadar, timun atau pun tuna, ikut kehendak dan selera masing-masing. Kalau nak mixkan dua/tiga jenis inti dia pun boleh... (^_^)..


Letak telur/crab stick/ timun etc..


Letak inti seperti dalam gambar.. susun molek-molek supaya mudah nak gulung.. dan make sure gulung sushi padat-padat, so nanti sushi akan jadi lebih cantik lepas dipotong.

.. dan jgn lupa; sila lap pisau pemotong dengan tuala basah supaya lebih senang nak potong sushi tue nanti.. (^_^)


Gulungkan sushi

..dan potong



Dah siap!!.. Yatta..
hohoho.. Umaiii!!

nanti balik kuantan.. nak try buat ngan farah lagik sekali..





Sho siap berlumba ngan nino, nak dtg makan sushi kat rumah..(^^i)


7 comments:

kuizikel said...

wah wah wah.. nakkkkk... lagi jimat buat ke beli kat care4? :D

NedLi Natalisz said...

hahah.. aku tak kira lagi budgetnya.. nanti aku kira (^^ii).. tp kepuasan diri tu yg penting (^^,)

amoi said...

aku tak mkn susho...eh sushi tapi bila tgk sushi ko buat ni cam teringin plak nak mkn...huhuh...

NedLi Natalisz said...

hahah.. tunggu sampai betul2 rasa dier at least cam rasa sushi carefour erk.. baru aku kasik ko rasa nanti. (^^ii)

(kalo rasa dier nanti ala2 sushi king, aku demand la harga (^_^)..)

dropmental said...

ainiiiiiii.... arituh gi makan kat sushi king... aku ngendap orang yang buat sushi tuh cam ne dia lipat... nanti nak buat lagi laaaa hahahaha

kuizikel said...

ona kaki skodeng!!!!!!!!!!!!!!!!

NedLi Natalisz said...

ona,
hahah.. amik gambar tak?
kang luper (^^,)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...