Khamis, Februari 14, 2008

Dunia Baru The Movie



Aku mmg suker citer Dunia Baru yg ditayangkan di TV3, setiap hari Isnin tue. tak pernah mis.. Season 3 dier pun baru habis Isnin hari tue.. So alang-alang dah tengok drama bersirinya.. aku pun sambunglah tgk movienyer plaks.. (^^,)

Semalam kitorng tgk kat GSC Megamall Kuantan; itulah sesatunyer panggung wayang yg ader kat sini nie pun (^^!!).. eh!.. dah ader satu lagik kat teruntum.. tp x pernah try tgk wayang kat sana lagik.. nantilah pegi..

So.. berbalik kpd Dunia Baru The Movie…

Citer nie bercorak Comedy_Drama_Advanture. Ianya bermula bila Opie yg sebilik dengan Aniza telah menerima nota/surat memaklumkan bahawa aniza akan kawen lari bersama fazley di Thailand. Dlm surat tue gak aniza ckp dier dah nekad sampai sanggup lepaskan peluang untuk sambung belajar ke UK .

Since si Aniza nie sgt-sgt berusaha untuk sambung blajar ke UK sebelum nie, Opie syak something… dan selepas berbincang ngan kengkawan yg lain, diorng berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.

Dalam perjalanan mencari Aniza mcm-mcm peristiwa berlaku. Bayangkan 6 org yg kepala semua lain-lain dan emosi masing-masing asyik nak meletup jerk.. di himpunkan dalam sebuah kereta movie?.. kecoh giler dibuatnyer.. dan memang klaka. Pandai penulis skrip, pengarah dan pelakon mencuit hati penonton.

Antara scene yg aku suker.. masa tajol sakat sukarela seekers tue.. klaka giler time tue… then masa diorng membayangkan mak si adif beri usrah dlm penjara.. muker ahli kumpulan citrawarna tue masing-masing mmg klaka habis time tue... padahal diorng just dgr cerita dr mulut si adif jerk.. bknnyer macik tue ader kat situe pun.. (^_^)

Then si fazley pun klaka jugak.. habis semua org yg dier jumper sepanjang perjalanan nak ke Thailand tue dier culik sekali.. penuh satu kereta dengan org tebusan jerk.. (^^!!)

erm.. (^-‘)

Movie nie dimeriahkan lagi dengan kemunculan artis-artis terkenal tanah air sebagai pelakn undangan dlm filem ini. Antaranyer Zami Ismail (Pak Uda), Rozita Che Wan, Kenchana Devi (Puteri), Uncle Seekers & team, Khatijah Tan (mak adif), Opie Zami (Mat Rock), Illya, Pian Cecupak, Rafique (Diari Ramadhan Rafique) dan Ahmad Fedtri Yahaya (pengacara MHI)

Walaupun movie nie cumer sejam setengah jer tp macam² elemen ada dalam filem ini - kelakar, seram, sedih, pergaduhan, percintaan, cemburu, sakit hati, simpati, geram, kecewa, psiko, setia,tanggungjawab, jenayah, bongkak, insaf... pendek kata, semuanyer ada!!!

Tahniah buat pengarah movie nie.. M.Hitler Zami, Grand Brilliance dan semua kru² dan pelakon² produksi Dunia Baru the Movie. Filem ini memang best dan berbaloi!!

Saiko!!!.. So untuk movie nie aku kasik 8.5 bintang... (^^)v



// harap² ada lebih banyak lagik citer² klaka cam nie next time

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...