Thursday, October 19, 2006

Lebaran Hanya di Sekitar Simpang..

lagik 4 hari (insyaAllah) ... kiter nak sambut raya.. sekejap sgt masa berlalu erk. sedar-sedar dah nak habis ramadhan tahun nie.. Asyik sgt ngan kerja, sampaikan x sedar ramadhan nak tinggalkan kiter dah...

-------------------------------------------------------------

erm... smlm berbuka kat rumah tok. actually x bercadang pun nak buka kat sana, ingat nak buka ngan kakchik jerk kat rumah. tp biler sampai2 jer rumah semalam, farah ckp.. chu call; chu kater tok rindu.. (^^,). baru aku perasan dah 3 minggu x gi jenguk tok.. first week puasa dulu jerk tido sana... x sedar ke waktu aku nie. tataulah aper yg dibzkan sgt.

So lepas masak2 lauk skit.. kitorng pun memunggahlah periuk-belanga semua ke rumah tok... heheh beshla lauk berbuka kat umah tok smlm heheheh.. lama x makan sedap. almaklumlahh duduk sowang.. nak masak beria2 pun malas.

Semalam we all berbuka lauk banyak bangsa. Ader pucuk ubi+pucuk betik masak lemak, ader pucuk mengkudu+peria masak lemak (mak ngah hantar), ada lempong masak kunyit, ader sambal bilis, ikan terubuk goreng dan kuah dalca daging. kuih laks.. ader kuih tembosa, karipap, cekmek molek dan tepung gomak... heee meriah kan?.. mcm kenduri laks.. padahal makan bertiga jerk.

Esok pun nak gi berbuka umah tok gak, dah janji ngan tok semalam.. masak asam pedas jerlah kot.. buat tambah lauk tok ke nanti.. kalo x sempat beli jerk kat kedai depan rumah.. (^_^)...


pastu malam semalam.. lepas balik dr rumah tok.. aku ngan farah duk menggulung popia mini. (thn nie buat kuih raya jenis kerepek lebih bnyak dr cookies kot... malas nak menunggu oven nak membakar kuih lelama... (^^!!) ) lepas tue.. duk menggunting kain ( heheheh x tau ah sempat ke idak aku jahit baju kurung kedah aku tue...) aderah dekat pukul 2 pagi baru masuk tido.. nie mata dah nak terkatup dah nie.. n(-_-)m...huhuhuuu ngantukkkk!!!

malam nie nak sambung buat popia mini.. kalo sempat nak goreng kacang botak.. buat tambah2 kuih raya mak thn nie.. esok nana balik.. leh ajak buat kuih loyang comel ke, xpun kuih gunting atau conflake madu.. buat kuih raya nie kena beramai2 baru syok.. sbb tue kena tunggu bebudak nie balik dr kedah.

Erm.. banyak benda lagik yg nak dibuat nie... langsir x pasang lagik, tingkap x cuci. kolam depan x kemas (selepas ikan2 yg baru dibeli kelmarin mati sbb air berklorin ('.~).. ) tali langsir x jahit lagik, baju raya yg last x siap lagik... famos amos cookies pun x start buat lagik.. sarung kusyen kak uda baru jelujur, x sempat nak tekan kat mesin lagik.... erm.. penat rupernyer jadik org pompuan nie erk.. (^^!!)



// x cukup tangan dah nieee!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...